Persediaan Jika Berlaku Kebakaran?

Baru-baru ini dilaporkan terdapat satu kes kebakaran berlaku melibatkan lima buah rumah di Seremban. Kesemua rumah telah musnah dan menurut ketua Balai Bomba Seremban, didapati 3 buah rumah telah musnah sebanyak 100 peratus manakala 2 buah rumah lagi terbakar 80 peratus. Kebakaran boleh berlaku di mana sahaja dan bila-bila masa jika wujudnya elemen-elemen pembakaran. Kebakaran bukan sahaja boleh menyebabkan kemusnahan harta benda malahan mampu meragut nyawa penghuni bangunan.

Menurut statistik kematian dan kecederaan akibat kes Kebakaran dan Menyelamat 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menyatakan pada tahun 2020 sebanyak 38,865 kes kebakaran dilaporkan, sebanyak 118 kematian disebabkan kebakaran berlaku dan 413 kes kecederaan.

Gambar 1: Statistik Kematian dan Kecederaan Akibat Kes Kebakaran dan Menyelamat

Sesungguhnya kebakaran dapat dielakkan dan pelbagai persediaan boleh diambil bagi menyelamatkan diri dan orang tersayang seandainya kebakaran berlaku. Di sini beberapa alat kebakaran yang boleh disediakan di rumah atau di dalam kenderaan bagi memudahkan diri dan orang lain seandainya terlibat dalam kemalangan :

1. Alat pemadam api mudah alih (Portable Fire Extinguisher)

Alat pemadam api mudah alih merupakan salah satu ciptaan manusia yang berguna dalam melawan api kebakaran. Alat ini seringkali dapat dilihat di bangunan-bangunan dan tempat awam seperti di hospital, hotel, bangunan kerajaan dan lain-lain. Sebenarnya kita juga boleh menyimpan alat pemadam api mudah alih di rumah. Di pasaran terdapat pelbagai saiz alat pemadam api seperti 1kg, 5kg dan 10kg. Alat pemadam api mudah alih ini juga boleh disimpan di dalam kenderaan dan amat disarankan oleh pihak bomba. Alat ini dapat membantu pengguna untuk memadam api kecil dan menyelamatkan diri sehingga bomba tiba di tempat kejadian.  Cara penggunaan alat ini juga mudah dan semua orang mampu menggunakannya.

Gambar 2: Alat Pemadam Api di pasaran

2. Selimut Api (Fire blanket)

Selimut api (Fire blanket) merupakan salah satu alat yang boleh digunakan seandainya kebakaran berlaku. Selimut ini dihasilkan daripada bahan khusus bagi memadamkan kebakaran. Metode pemadamannya adalah dengan menyelimuti api. Dengan cara ini, bekalan oksigen yang menyebabkan kebakaran berlaku terhenti menyebabkan api terpadam. Contoh penggunaan selimut ini adalah apabila kita ingin menyelamatkan diri daripada api, kita boleh menyelimuti seluruh badan supaya badan terlindung daripada api yang merebak. Selain itu, selimut ini juga boleh digunakan untuk menyelimuti tubuh badan seseorang yang terbakar. Alat ini juga dapat membantu jika kebakaran berlaku ketika memasak.

Gambar 3: Selimut Api (Fire Blanket)

3. Penggera Kebakaran Mudah Alih (Portable Fire Detector)

Selain itu, memasang penggera kebakaran mudah alih di rumah juga dapat menyelamatkan nyawa diri dan orang tersayang. Alat ini dapat mengesan kebakaran seterusnya menghasilkan penggera bagi memberi amaran kepada penghuni. Alat ini sangat membantu terutamanya ketika tengah malam di mana semua penghuni sedang nyenyak tidur dan kebakaran berlaku.

Gambar 4: Penggera Kebakaran Mudah Alih

KESIMPULAN

Kesimpulannya, peribahasa “sediakan payung sebelum hujan” sangatlah dekat dengan persediaan dalam menghadapi kebakaran. Persediaan yang proaktif dapat menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kemusnahan harta benda. Sebagai rakyat yang cakna, kita perlu bersiap-siaga dalam menghadapi apa-apa kecemasan yang boleh meragut nyawa diri dan orang tersayang. Malahan, pada hari ini kita boleh membeli peralatan-peralatan di atas dengan mudah melalui online. Jadi, apa yang menghalang kita sekarang demi orang tersayang? Ayuh siap-siaga meghadapi kecemasan dan cakna degan keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga.

Rujukan

  1. https://www.utusan.com.my/nasional/tragedi/2022/11/lima-buah-rumah-musnah-terbakar-di-seremban/
  2. https://www.kpkt.gov.my/kpkt/resources/user_1/GALERI/PDF_PENERBITAN/PERANGKAAN%20TERPILIH/Statistik_Terpilih_KPKT_Tahunan_2020_10092021.pdf
  3. https://radarpena.com/jenama-pemadam-api/
  4. https://themalayapost.my/cara-menggunakan-fire-blanket/
  5. https://safetyware.com/product/fire-blanket/
  6. https://artclean.com.my/keselamatan-ketika-berlaku-kebakaran/
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts