• Latest
  • Trending
  • All
  • Santai
  • Berita Pendidikan
  • Artikel AJAR
  • Video
5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

15 December 2020
Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
Advertisement Banner
ADVERTISEMENT
Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

20 January 2021
Anti - Nutrient : 'Musuh' Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

Anti – Nutrient : ‘Musuh’ Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

18 January 2021
Apa Pentingnya Etnozoologi?

Apa Pentingnya Etnozoologi?

17 January 2021
Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

8 January 2021
Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

29 December 2020
Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

20 December 2020
Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?

Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?

13 December 2020
Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar

Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar

11 December 2020
Penaakulan Logika yang Anda Kena Tahu Sebelum Mengecam di Media Sosial

Penaakulan Logika yang Anda Kena Tahu Sebelum Mengecam di Media Sosial

6 December 2020
Konjektur Collatz : Semua Nombor akan Jadi 1. Betul Ke?

Konjektur Collatz : Semua Nombor akan Jadi 1. Betul Ke?

4 December 2020
  • Polisi Privasi
  • Tentang AJAR
  • Abang & Kakak AJAR
  • Hubungi AJAR
Monday, 25th January, 2021
No Result
View All Result
AJAR
  • Utama
  • Artikel AJAR
    Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

    Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

    Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

    Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

    Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

    Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

    Anti - Nutrient : 'Musuh' Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

    Anti – Nutrient : ‘Musuh’ Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

    Apa Pentingnya Etnozoologi?

    Apa Pentingnya Etnozoologi?

    Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

    Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

    Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

    Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

    Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

    Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

  • Berita Pendidikan
    Ini Cara Pinjam 13.2 Juta Bahan Bacaan Digital Percuma yang Ditawar Perpustakaan Negara.

    Ini Cara Pinjam 13.2 Juta Bahan Bacaan Digital Percuma yang Ditawar Perpustakaan Negara.

    Pensyarah Bertanjak Peroleh PhD di Oxford untuk Tunjuk Hebatnya Bangsa Ini

    Pensyarah Bertanjak Peroleh PhD di Oxford untuk Tunjuk Hebatnya Bangsa Ini

    Selesaikan Masalah Bagaimana Bentuk Keropok Pringles Muat dalam Tin, Pringles Beri Pelajar PhD Ini Stok Percuma

    Selesaikan Masalah Bagaimana Bentuk Keropok Pringles Muat dalam Tin, Pringles Beri Pelajar PhD Ini Stok Percuma

    Plagiat Content, Saluran Indonesia dengan 12 Juta Subscribers Dipadam Youtube

    Plagiat Content, Saluran Indonesia dengan 12 Juta Subscribers Dipadam Youtube

    "McD Bukan Tempat Belajar!" Netizen Suarakan Tidak Puas Hati Pelajar Jadikan Restoran Segera Perpustakaan Mereka.

    “McD Bukan Tempat Belajar!” Netizen Suarakan Tidak Puas Hati Pelajar Jadikan Restoran Segera Perpustakaan Mereka.

    FOLDSCOPE – Mikroskop Origami Yang Boleh Dipasang Anak 7 Tahun!

    FOLDSCOPE – Mikroskop Origami Yang Boleh Dipasang Anak 7 Tahun!

    7 Tahun Dah Buat Video Ulas Model Angkasa Lepas

    7 Tahun Dah Buat Video Ulas Model Angkasa Lepas

    Saintis Muslimah Ini Temui Galaksi Baru yang Kemudian Dinamakan dengan Nama Beliau

    Saintis Muslimah Ini Temui Galaksi Baru yang Kemudian Dinamakan dengan Nama Beliau

  • Santai
    Soalan Ujian Kecerdasan 'Pelik' Ini Buat Orang Garu Kepala

    Soalan Ujian Kecerdasan ‘Pelik’ Ini Buat Orang Garu Kepala

    Membetulkan 100 Mesej Bahasa Wechat!

    Membetulkan 100 Mesej Bahasa Wechat!

    Peta Interaktif Ini Bolehkan Kita Bandingkan Saiz Objek - Objek Terbesar di Alam Semesta.

    Peta Interaktif Ini Bolehkan Kita Bandingkan Saiz Objek – Objek Terbesar di Alam Semesta.

    5 Kajian Saintifik Yang Diberi Anugerah Sebab 'Terlalu Merepek' (2019)

    5 Kajian Saintifik Yang Diberi Anugerah Sebab ‘Terlalu Merepek’ (2019)

    Lihat Bagaimana Budak Dua Tahun Ini 'Selesaikan' Masalah yang Menghantui Ahli Falsafah Puluhan Tahun.

    Lihat Bagaimana Budak Dua Tahun Ini ‘Selesaikan’ Masalah yang Menghantui Ahli Falsafah Puluhan Tahun.

    Peta Interaktif Ini Tunjuk Kat Mana Kita Keluar Kalau Kita Korek Terus Ke Dalam Tanah

    Peta Interaktif Ini Tunjuk Kat Mana Kita Keluar Kalau Kita Korek Terus Ke Dalam Tanah

    Pertandingan Namakan 20 Bulan Zuhal Dibuka, Reaksi Netizen Memang Dah Agak.

    Pertandingan Namakan 20 Bulan Zuhal Dibuka, Reaksi Netizen Memang Dah Agak.

    Ujian Penjawat Awam Tular. Apa XXX?

    Ujian Penjawat Awam Tular. Apa XXX?

  • Video
    • All
    • Video Ajar
    • Video Info
    • Video Santai
    Ucapan Graduan Terbaik UIA yang Viral

    Ucapan Graduan Terbaik UIA yang Viral

    Ilusi Optik - Bila Mata pun Menipu!

    Ilusi Optik – Bila Mata pun Menipu!

    Kenapa Jam Pusing Arah Jam?

    Kenapa Jam Pusing Arah Jam?

    Macam Mana Duit Kertas Boleh Ada Nilai?

    Macam Mana Duit Kertas Boleh Ada Nilai?

    Persamaan Matematik Paling Cantik

    Persamaan Matematik Paling Cantik

    5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

    Paradoks Paling Best – Paradoks Kejutan

    Bumi Sebagai Hamparan?

    Bumi Sebagai Hamparan?

    3 Ciptaan Islam Kuno yang Melangkaui Zaman!

    3 Ciptaan Islam Kuno yang Melangkaui Zaman!

    Krisis Pencairan Antartika

    Krisis Pencairan Antartika

  • Fantasains
  • Shop
  • Sumbangan
AJAR
Home Artikel AJAR
5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

Firdaus Azis by Firdaus Azis
15 December 2020
in Artikel AJAR
0
76
SHARES
1.1k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia serangga mempunyai seribu satu keunikan yang pastinya mengujakan apabila diketahui. Antara keunikan ini adalah tingkah laku kumbang dalam kehidupan seharian mereka. Sesuatu tingkah laku kumbang ini ditonjolkan selalunya bertujuan untuk proses adaptasi dengan persekitaran dalam memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dan terus ada kelangsungan hidup dari satu generasi ke generasi seterusnya. Disini saya ingin berkongsi sedikit keunikan tingkah laku kumbang untuk bacaan semua.

1. Kumbang Merah Palma

5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

Kumbang merah palma boleh dijumpai banyak di kawasan ladang kelapa sawit. Kumbang ini merupakan kumbang perosak banyak jenis tanaman seperti kelapa sawit, kelapa, kurma dan pelbagai lagi.

Tingkah laku pembiakan jantan boleh dikatakan sangat unik kerana terdapat kes-kes dimana kumbang jantan ini didapati mengawan dengan kumbang betina yang sudah mati. Ditambah pelik lagi bukan seekor mayat kumbang betina yang si jantan mengawan tetapi dua ekor. Kumbang jantan akan menerbalikkan badan kedua-dua betina dan naik ke atasnya. Si jantan akan mengeluarkan zakarnya yang dipanggil aedagus dan memasukkan ke dalam organ pembiakan kumbang betina. Proses ini berlangsung selama 1 minit sebelum bergerak ke kumbang betina yang lagi satu. Selalunya kumbang jantan yang masih muda melakukan tingkah laku ini.

Satu lagi tingkah laku pembiakan yang sangat pelik bagi kumbang merah palm aini adalah terdapatnya “Multiple Male Mounting” yang mana kumbang jantan cuba memasukkan zakarnya ke kumbang jantan yang lain. Ini pastinya menunjukkan ciri homoseksual di kalangan serangga terutama kumbang [1].

2. Kumbang Atlas

5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik
Larvae kumbang Atlas

Kumbang Atlas ini boleh dijumpai di kawasan hutan dan selalunya tinggal di kawasan kayu yang telah mati. Kumbang sendiri merupakan serangga holometabolus yang mengalami metamorfosis lengkap. Maksudnya fasa pramatang serangga sangat berbeza dengan dewasa. Selalunya fasa pramatang serangga mereka berada dalam bentuk ulat atau larva.

Larva kumbang atlas terkenal dengan tingkah laku menakutkan dan kejam terhadap adik beradiknya atau haiwan lain. Larva boleh menggigit menggunakan rahangnya kuat apabila disentuh. Larva ini pastinya tidak tinggal bersendirian, mereka akan menyerang dan lawan adik beradik mereka sendiri sehingga mati. Persaingan dan konflik yang terjadi semua disebabkan untuk mendapatkan penguasaan mutlak ruang dan makanan yang terhad.

3. Kumbang Canthon virens

5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik
Kumbang Canthon virens memenggal kepala permaisuri semut Atta

Kumbang Canthon virens dewasa sangat terkenal dengan teknik menangkap mangsa mereka iaitu permaisuri semut Atta. Ada kumbang akan terbang dalam bentuk zigzag dan cuba menangkap belakang permaisuri semut Atta. Cubaan menangkap ini bukan dilakukan oleh seekor kumbang sahaja tetapi beberapa ekor. Apabila kumbang ini berjaya memposisi dirinya di atas badan permaisuri semut Atta terutama bahagian toraks dan dengan cepat kumbang ini memenggal kepala permaisuri semut Atta. Yang menariknya kumbang betina yang melakukan proses memenggal ini [2].

ADVERTISEMENT

Selepas itu, kumbang jantan yang lain akan menolong untuk memotong bahagian badan permaisuri semut Atta seperti bahagian kaki bagi memudahkan proses mengguling mayat permaisuri semut Atta ke tempat penanaman. Mayat ini akan ditanam berhampiran dengan tempat kumbang betina bertelur supaya apabila telur kumbang menetas, larva akan ada sumber makanan.

4. Kumbang Tahi

5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik
Kumbang tahi cuba menggerakkan najis

Kumbang betina dari jenis kumbang tahi sangat terkenal dengan ciri keibuan yang terbaik dan cemerlang dalam dunia serangga disebabkan komitmen mereka membesarkan dan menjaga anak masing-masing. Mereka akan selalu berhampiran, mengasuh dan memberi makan anak-anak mereka sehingga lebih dari 2 bulan. Kumbang ini juga terkenal dengan kekuatan dan keupayaan mereka menarik berat yang 1,140 kali ganda dari berat badan. Najis ini dikatakan boleh sebesar bola tenis.

5. Kumbang Tanah

5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik
Kumbang pengembom menyembur cecair bersaid yang panas disertai bunyi “pop” yang kuat

Kumbang tanah merupakan kumbang yang mempunyai sepasang kelenjar pygidial pada bahagian belakang badan yang boleh mengeluarkan bahan kimia dalam bentuk cecair yang mempunyai ciri menyengat. Bau cecair ini seolah-olah bau plastik yang terbakar dan berfungsi untuk menghalau manusia serta pemangsa seperti katak, dan burung. Kumbang ini akan menyembur cecair ini ke arah musuh.

ADVERTISEMENT

Ada beberapa jenis kumbang tanah menghasilkan cecair berasid yang disembur dalam keadaan suhu yang panas. Mereka ini seperti pengebom disebabkan semburan cecair panas ini disembur dengan disertai dengan bunyi “pop” yang kuat. Kumbang tanah jenis ini juga dikenali sebagai kumbang pengebom [3].

Apa yang boleh kita oleh dipelajari?

Dunia serangga terutama kumbang kelihatan begitu ekstrem dan mungkin melampau bagi kita. Dengan adanya tingkah laku seks dengan mayat, homoseksual, dan pembunuhan adik beradik menunjukkan alam haiwan ini mempunyai kepelbagaian tingkah laku yang diluar pemikiran manusia. Pastinya bukanlah sesuatu yang baik hendak didasarkan hujah bahawa jika alam haiwan berperangai sedemikian maka tidak pelik sebenarnya manusia juga berperangai sedemikan.

Kita sebagai manusia dikurniakan akal dan pemikiran, ditambah pula moral agama pastinya tidak meletakkan haiwan sebagai penanda aras bagaimana mahu hidup di atas muka bumi Tuhan ini. 

Rujukan

[1]         Kaakeh W 1998 The mating behavior of the red palm weevil, Rhynchophotus ferrugineus oliver (Coleoptera Curculionidae) Emirates J. Food Agric. 10 24–46

[2]         Forti L C, Rinaldi I M P, Da Silva Camargo R and Fujihara R T 2012 Predatory behavior of Canthon virens (Coleoptera: Scarabaeidae): A predator of leafcutter ants Psyche (London)

[3]         Anon 2020 Ground beetle Wikipedia

Tags: Sains

Dapatkan kemaskini terkini berkenaan kategori ini terus ke peranti anda, tekan subscribe

Unsubscribe
Advertisement Banner Advertisement Banner Advertisement Banner
Previous Post

Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?

Next Post

Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

Related Posts

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?
Artikel AJAR

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?
Artikel AJAR

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?
Artikel AJAR

Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

20 January 2021
Next Post
Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

Discussion about this post

Media Sosial

  • 192.9k Fans
  • 11k Followers
  • 312k Subscribers
  • Trending
  • Comments
  • Latest
Koleksi Teka - teki Melayu Tahun 1918 Ini Begitu Halus dan Tersirat

Koleksi Teka – teki Melayu Tahun 1918 Ini Begitu Halus dan Tersirat

13 June 2019
6 Syarikat Teknologi Gergasi yang Jatuh Tersungkur

6 Syarikat Teknologi Gergasi yang Jatuh Tersungkur

16 September 2020
Apa Itu Gelaran Ts?

Apa Itu Gelaran Ts?

3 November 2019
4 Fenomena yang Lagi Laju Daripada Cahaya

4 Fenomena yang Lagi Laju Daripada Cahaya

6 January 2020
Ini 10 Negara Paling Kecil di dunia

Ini 10 Negara Paling Kecil di dunia

1 September 2020
Berhati - hati dengan Trend Baru '#10YearsChallenge'

Berhati – hati dengan Trend Baru ‘#10YearsChallenge’

Mahu Pecahkan Mitos Melayu Malas, Pengguna FB ini Senaraikan Ratusan Nama Melayu Hebat (Makin Bertambah)

Mahu Pecahkan Mitos Melayu Malas, Pengguna FB ini Senaraikan Ratusan Nama Melayu Hebat (Makin Bertambah)

Apa Itu Paradoks?

Apa Itu Paradoks?

Rakyat Malaysia Masih Belum Capai Sasaran 30 Buku Setahun, Komik Genre Paling Popular.

Rakyat Malaysia Masih Belum Capai Sasaran 30 Buku Setahun, Komik Genre Paling Popular.

5 Eksperimen Merepek yang Entah Kenapa Dibuat Oleh Saintis

5 Eksperimen Merepek yang Entah Kenapa Dibuat Oleh Saintis

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

20 January 2021
Anti - Nutrient : 'Musuh' Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

Anti – Nutrient : ‘Musuh’ Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

18 January 2021
Apa Pentingnya Etnozoologi?

Apa Pentingnya Etnozoologi?

17 January 2021

Tentang AJAR

AJAR adalah medium pendidikan gaya baru yang mengetengahkan pendidikan luar silibus, terutama yang menjawab persoalan kenapa.

Ikuti Laman Sosial

Tag Popular

Bahasa Dunia Melayu Fantasains featured mate matematik Sains sejarah teknologi

Terkini

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
  • Polisi Privasi
  • Tentang AJAR
  • Abang & Kakak AJAR
  • Hubungi AJAR

© Ajar Malaysia - Hak Cipta Terpelihara.
Website anda tak gempak macam ni? Hubungi Hafiz

No Result
View All Result
  • Utama
  • Artikel AJAR
  • Santai
  • Berita Pendidikan
  • Video
  • Tentang AJAR
  • Abang & Kakak AJAR
  • Hubungi AJAR

© Ajar Malaysia - Hak Cipta Terpelihara.
Website anda tak gempak macam ni? Hubungi Hafiz

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In