Untuk pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara, beberapa nasihat untuk anda:
1) Bila sampai ke luar negara, terus cari masjid dan surau. Bumikan diri anda dengan fitrah anda. Tuhan yang sama di Malaysia adalah yang sama juga di UK / Mesir / Australia dll.
2) Jumpa kawan tempatan, cuba cari ruang untuk bercakap tentang belief. Faham apa kepercayaan dan budaya mereka. Perkara ni amat jarang kita buat waima sesama pelajar Melayu / Cina / India di Malaysia sekalipun. Atau boleh cuba program tandem learning.
3) Cuba cari pengalaman paling berharga yang mungkin anda tak akan dapat di mana – mana melainkan di tempat belajar anda itu. Di samping belajar dan kejar silibus, kenal pasti juga pengalaman macam mana yang paling ’emas’. Kalau saya di UK contohnya, pengalaman paling berharga adalah tengok remaja Inggeris umur 17 tahun peluk Islam depan masjid walaupun tak pernah ada kawan Muslim, tak diajar tentang Islam, dan tak pernah pergi Masjid.
Selamat mencari!
