Ini cara dapatkan salinan sijil-sijil lama peperiksaan secara online sahaja!

Seorang wanita di twitter dengan nama @anisssurayaaa telah berkongsi cara untuk dapatkan semula semua jenis salinan sijil exam secara online, tanpa perlu bersusah-payah pergi beratur di pejabat.

Ciapan tersebut telah mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia sehingga beliau mendapat 29.4k kesukaan, dan 14.8k diciap semula bersama hampir 300 orang meninggalkan komen.

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dibuat.

  1. Tekan link ni > elp.moe.gov.my/auth/login
  2. Register akaun guna emel.
  3. Log in & tekan ‘Salinan Keputusan’
  4. Dekat part ‘Salinan Keputusan’ tu, klik ‘+’.
  5. Pilih keputusan peperiksaan yang ingin dimohon.

Bagi sesiapa yang hilang sijil-sijil peperiksaan penting, bolehlah cuba cara ni. Tak perlu dah panjat tangga Putrajaya, beratur panjang di kaunter dan berurusan dalam masa yang lama. Cukup luangkan masa di hadapan komputer.

Lepastu boleh simpan baik-baik di rumah. Sijil-sijil ni penting tau untuk masa depan dan kerjaya. Selamat mencuba!

Kredit : Twitter [email protected]

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts