Sebuah laman Facebook, Bright Side , mengemukakan satu soalan uji minda yang membingungkan kepala:

Soalannya berbunyi: Ini satu bulatan biasa. Lukiskan 2 garisan lurus untuk menjadikan 3 bulatan.
Soalan ini admin pun tak tau jawapannya. Dan nampaknya ribuan netizen juga pecah kepala memikirkan solusi kepada masalah yang dianggap mustahil ini.
Tapi percubaan – percubaan yang dibuat oleh netizen membuatkan pembaca tak kering gusi ketawa, sehingga dijemput duduk untuk membaca komen:

Jawapan Golongan Berputus Asa
Kebanyakan jawapan yang dicampak netizen adalah jawapan – jawapan ‘merepek’ tanda memprotes soalan yang tidak masuk akal tersebut:







Dan berikut pula jawapan orang yang paling berputus asa:

Jawapan yang macam betul
Tapi ada juga jawapan – jawapan kreatif yang boleh jadi … macam … mungkin … betul.




Jawapan yang Betul! (Rasanya)
Admin Brightside tak berikan jawapan yang sebenar (setakat yang saya cari), tapi rasanya ada satu jawapan yang betul, berdasarkan respon yang diberi di bahagian komen:

Ini adalah satu – satunya versi jawapan yang dibalas oleh Bright Side. Tapi jawapannya tak meyakinkan : “Wow, jadi kamu tak dapat jawab?”.
Namun kemudian terdapat seorang lagi yang menjawab dengan jawapan yang sama, dan ia turut mendapat balasan yang sama:

Maka … rasanya betullah. Itulah jawapannya.
Tapi soalan ini memberikan beberapa pengajaran bermakna:
- Jangan tanya soalan uji minda pelik – pelik kepada netizen.
- Sesetengah netizen boleh dibuat kawan hanya dengan jawapan yang mereka beri
- Bila tak dapat jawab, padam saja soalan.