Reaksi Doktor Terhadap Drama Melayu ini Memang Sangat Diperlukan

Kadang kala, bagi profesional dalam satu – satu bidang, pengalaman menonton filem atau drama sangat mendatangkan ketidakpuasan hati apabila mereka menayangkan adegan yang bersalahan dengan fakta sebenar.

Perkara ini ternyata dirasai oleh doktor – doktor tempatan apabila menonton drama – drama Melayu yang sering memaparkan situasi perubatan yang salah.

Kadang kala kesalahan yang dilakukan terlalu menggelikan hati sehingga rosak adegan yang sepatutnya sedih.

Nampaknya doktor – doktor mengambil keputusan untuk tidak berdiam diri apabila mereka membuat rakaman reaksi mereka terhadap kesalahan – kesalahan perubatan dalam drama Melayu.

Dalam video itu, 3 orang doktor menonton beberapa babak yang bermasalah dari segi perubatan dan kemudian memberikan komentar profesional mereka.

Ini beberapa kesalahan – kesalahan drama Melayu yang dikesan, beserta pembetulan:

Tak semua tikaman menyebabkan darah keluar daripada mulut.

Dalam filem Munafik 2, terdapat adegan di mana seorang watak ditikam dari belakang sehingga keluar darah daripada mulut.

Menurut Dr Amirul Amzar, bukan semua luka tikaman akan menyebabkan terkeluar darah daripada hidung dan mulut.

“Biasanya luka tikaman yang menyebabkan luka pada salur darah aorta dan tembus pada salur darah pernafasan, barulah biasanya akan ada pendarahan daripada mulut dan hidung”

Pada babak seterusnya, jelas bahawa watak yang ditikam tersebut masih dapat bercakap dengan jelas. Maka tempat yang ditikam bukan pada paru – paru.

“Bila katakan dah tertembus pada salur darah utama atau pernafasan, apa yang berlaku adalah mangsa itu akan lemas dengan darah dia sendiri. Darah akan berkumpul di salur pernafasan menyebabkan dia tak boleh bernafas, apatah lagi bercakap. Jadi babak ini tidak realistik”

Kena tikam di perut, pendarahan tak banyak macam tu

Dalam filem Munafik 2 juga, terdapat babak di mana seorang watak ditikam di perut sehingga meleleh darah dengan banyak.

Ujar Dr Abd Shukor, apabila ditikam di perut, pendarahan sebenarnya tidaklah banyak seperti itu.

“Kadang – kadang darah tak nampak pun, apabila dicabut pisau mungkin baru darah keluar sikit”

Salah topeng tu

Dalam drama ‘Dia Imamku’, terdapat adegan di mana seorang watak perempuan tercungap – cungap di dalam lif, mungkin disebabkan oleh serangan panik.

Namun kemudian topeng yang dipilih ternyata tidak tepat.

“Topeng itu adalah topeng untuk kita beri ubat, contohnya untuk orang asma, orang yang ada masalah kesukaran bernafas, yang kita kena buka salur pernafasan dia. Tapi dalam keadaan macam ini biasa kita nak salurkan oksigen kepada dia. Jadi kita kena pakaikan topeng lainlah”

Dari mana datang darah banyak macam tu?

Dalam drama ‘Maaf dari Khilaf’ TV3, sebuah bungkusan beg sampah dicampak daripada tingkat atas apartmen sehingga mengenai seorang mangsa di bahagian kepala.

Namun kuantiti darah yang keluar ternyata sangat banyak.

“Dalam adegan ini, banyak sangat darah. Sampai bertakung. Ikan boleh berenang dalam darah ini”

Malah nampaknya darah seakan – akan tidak mengalir daripada kepala, anggota yang dihentak oleh sampah tersebut.

“Sepatutnya dibuat pendarahan kepala, baru lebih logik, sebab benda jatuh daripada atas. Bukan pendarahan yang banyak macam ni tapi tak tahu datang daripada mana”

Macam mana boleh bercakap tu??

Sebuah lagi adegan yang mungkin mencetuskan persoalan paling besar buat doktor – doktor tersebut adalah adegan wad dalam drama Cinta Koko Coklat.

“Kalau lihat dalam klip ini, jelas perempuan tersebut sebenarnya memerlukan mesin tiub masuk dalam mulut untuk bernafas. Tapi yang peliknya, dia boleh bercakap”

Dr Liyana Dhamirah

Doktor – doktor tersebut bersepakat bahawa pesakit tak mungkin boleh bercakap.

“Biasanya pesakit yang diinkubasi macam ni, kita masuk tiub melalui salur vokal ke bahagian atas salur paru – paru dan pesakit tak mungkin boleh bercakap. Kalau boleh bercakap kita buang dah tiub tu”

Penambahbaikan pada Masa Akan Datang

Pada bahagian rumusan video reaksi tersebut, para doktor mengatakan bahawa masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan kepada drama – drama Melayu.

Sebenarnya, tidaklah semua adegan yang dihasilkan tidak tepat dari segi perubatannya.

Ada adegan yang kita tengok, kita tahu mereka buat kajian, bertanya doktor.

Namun mereka mengesyorkan penghasil filem atau drama Melayu untuk bertanya saja kepada doktor dalam bidang yang berkaitan dengan adegan yang ingin dihasilkan.

Total
183
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts