Musim persekolahan tiba lagi, dan sudah pasti, satu persoalan yang difikirkan oleh ibu bapa adalah tentang pemilihan sekolah untuk anak – anak.
Dr Aznan Hasan, seorang sarjana yang sangat disegani dalam perbankan Islam, menceritakan bagaimana beliau membuat proses pemilihan sekolah yang terbaik untuk anak – anak beliau.

Beliau juga menerangkan, bahawa tiada salahnya menghantar anak – anak ke sekolah kerajaan berbanding sekolah swasta. Biasanya ibu bapa yang membuat pilihan ini atas sandaran keadaan kewangan.
“Permulaan pembukaan sekolah, setiap ibubapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah akan cuba untuk mencari sekolah yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kepada mereka yang tidak mempunyai kewangan yang begitu teguh, mungkin tiada pilihan yang ada melainkan sekolah kerajaan. Begitu juga terdapat ibubapa yang berkemampuan dan mereka tetap menghantar anak-anak mereka ke sekolah2 kerajaan kerana para gurunya mempunyai latihan yang terbaik. Pada saya, hujahan ini adalah betul. Siapapun tidak boleh menafikan perkara ini. Guru-gurunya memang amat terlatih. Even, dalam keadaan inipun, tuan-tuan sepatutnya membuat pertimbangan atas kekurangan-kekurangan yang ada, dan memikirkan bagaimana menampungnya”
Sebelum membuat pilihan sekolah, sesuatu yang perlu disedari adalah tiada sekolah yang sempurna.
“Sebagai seorang ibu dan ayah, saya dan isteri juga tidak terlepas di dalam membuat penilaian kepada sekolah-sekolah ini. Sejak dari awal lagi kami memyedari bahawa tidak ada sekolah yang sempurna. Sehebat mana sekalipun sesuatu sekolah itu, pasti terdapat aspek yang kita mengharapkan yang ia lebih baik lagi. Namun saya menyedari tiada sekolah yang sempurna. (Kita juga tidak sempurna, begitu juga orang lain. Terimalah kekurangan orang lain sepertimana orang lain juga menerima kekurangan kita).
Lalu apabila kami hendak membuat pilihan ke sekolah mana anak kami akan dihantar, kami akan berbincang tentang pro and kontranya sekolah-sekolah tersebut. Kami akan listkan kelebihan dan kekurangan sekolah-sekolah tersebut”
Berikut adalah beberapa aspek yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa:
“Untuk kami (mungkin juga boleh menjadi panduan kepada kepada tuan-tuan dan puan-puan), sebagai Ibubapa, kita perlu sedar bahawa terdapat tiga elemen penting yang membentuk sesuatu sekolah swasta, iaitulah: i) Falsafah pendidikannya ii) Konsep dan modelnya iii)Pentabdir dan pendidik
Ini adalah tiga aspek yang utama;
i) Falsafah pendidikannya merangkumi (included but not limited to) visi, misi, objektif pendidikan dsb.
ii) Konsepnya dan modelnya adalah umpama sekolah beraliran agama, mixed antara agama dan akademik, peratus kedua-duanya, dsb.
iii) Pentadbir dan pendidiknya, bermaksud siapakan yang menubuhkan dan mengendalikan sekolah tersebut.”
Begitu juga, amat penting untuk kita meneliti siapa yang menubuhkan sekolah tersebut, dan corak pemikiran mereka!
Amat penting untuk melihat juga siapakah yang menubuhkan dan mengendalikan sekolah tersebut dan apakah cara dan corak pemikiran mereka. Adalah terlalu naif untuk merasakan bahawa sekolah-sekolah ini ditubuhkan dan ditadbir oleh penubuhnya (kumpulan atau individu), dan kemudiannya sekolah tersebut dibiarkan bergerak tanpa sebarang kesanan fikiran langsung (without any influence) daripada penubuhnya (founders) terhadap corak dan perjalanan sekolah tersebut.

Hanya orang yang naif sahaja yang merasakan sebegitu. Satu lagi perlu diingat, corak dan cara fikir ini juga boleh berubah-ubah (evolving). Jadi tuan-tuan jangan hanya menganggap bahawa jika pada suatu masa, cara fikir penubuh dan pentadbir sekolah tersebut bersesuaian dengan cara fikir saudara, maka ianya akan selama-lamanya begitu. Cara fikir saudara boleh berubah, begitu juga dengan cara fikir mereka. Sudah tentulah apabila corak dan cara fikir mereka berubah, ianya akan turut mengesani cara (approach) mereka mengendalikan sekolah-sekolah tersebut.
Ini adalah perkara biasa. Sebab itulah Imam Hassan al-Banna amat menekankan pembentukan syaksiah Muslim sebagai batu asas utama dakwah beliau, kerana sehebat manapun sesuatu sistem, jika yang mengendalikannnya tidak betul atan terpesong, natijahnya tetap tidak baik. Sistem dan manusia yang mengendalikannya adalah dua elemen terpenting di dalam penbentukan apa juga sekalipun, termasuklah pendidikan.
Cara Dr ini menilai sungguh teliti:
“Semua ini perlu dilihat oleh para ibubapa di dalam membuat pilihan. Saya dan isteri juga tidak terkecuali. Apa yang kami buat ialah, meletakkan segala-galanya di atas meja (putting everything on the table). Kemudiannya, kita menilai segala baik dan buruknya semua sekolah-sekolah tersebut, melihatkan kepada ketiga-tiga aspek tersebut. Di samping turut membuat penilaian lapangan (field assessment) kepada sekolah-sekolah tersebut. Setiap kekurangan yang ada, maka kita bincang bagaimana untuk kita tampung kekurangan-kekurangan tersebut. Apakah kekurangan-kekurangan tersebut vital atau tidak ke atas pendidikan dan pembentukan anak-anak? Kita boleh tampung atau tidak, dsb?

Kita berbincang berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang kita dapat daripada sumber yang pelbagai. Jika tuan-tuan merasakan bahawa ada perkara-perkara pokok yang tuan tidak bersetuju dengan sekolah-sekolah tersebut (dari segi cara fikir, tanggapan, nilai dll) dan tuan merasakan dengan kekurangan tuan-tuan, tuan-tuan tidak mungkin dapat menampungnya, maka jika saya di tempat tuan, saya tidak akan hantar anak saya ke sekolah tersebut. Saya tidak akan mengambil risiko anak saya akan dibentuk berbeza dengan sistem dan nilai-nilai hidup yang saya percaya.
Apabila kami telah bersetuju untuk sesuatu sekolah, maka kami akan melihat bagaimanakah kekurangan-kekurangan yang ada tersebut dapat kita tampung, termasuk jugalah jika sekiranya berkemungkinan terdapat cara fikir yang (pada kami) tidak tepat. Bagaimanakah untuk kita dapat pastikan bahawa kita akan tahu tentang perkara tersebut dan kita dapat betulkan kembali cara fikir tersebut. Alhamdulilllah, isteri saya memainkan peranan yang amat besar dalam hal ini. Mungkin kerana kesibukan saya dan juga sememangnya beliau pandai mencari masa dan ruang untuk “mengorek” dan memberikan sudut pandangan yang lain untuk anak-anak. Kadangkala saya mendengar juga cara beliau membentangkan pandangan beliau dan berhujah. Kadangkala dalam keretapun masih sempat. Hhmm. Menarik. Kemampuan beliau, yang saya agak kurang jika hendak dibandingkan. Kadangkala penerangan saya tak “turun level” sangat. Jadi beliau yang tolong turunkan “level” tersebut dan buat anak-anak faham.”
Akhirnya, perlu disedari, pendidikan anak – anak adalah sesuatu yang besar:
“Pada saya inilah antara asas-asas pertimbangan untuk memilih sekolah untuk anak-anak kita. Buat penilaian sendiri. Jangan hanya mendengar cakap-cakap orang. Timbangtarakan segala pro dan contra berdasarkan tiga aspek yang saya sebutkan di atas. Mungkin tulisan ini sedikit sebanyak membantu. Pengalaman kerdil saya menyatakan bahwa anak-anak kita juga tidak sama. Tahap kematangan mereka juga berbeza-beza. Pendidikan anak-anak kita adalah suatu tanggungjawab yang besar. At the end of the day, kita jugalah yang menjadi pendidik awal dan akhirnya. Buat saya dan isteri, saya berpuas hati dengan sekolah-sekolah yang kami pilih untuk anak-anak kami, dulu dan sekarang (rasanya tak perlulah nak sebut sekolah mana, nanti kata nak promote pulak)??.”