Cikgu Tak Tersengaja Cipta Ilusi Optik Tular yang Memeningkan Internet

Seorang guru secara tidak sengaja telah mencipta ilusi optik yang membingungkan internet.

Guru tersebut pada asalnya melukis lakaran bunga popi di atas kertas merah untuk dipotong oleh murid – murid beliau, namun beliau kemudian terperasan bahawa lakaran bunga – bunga tersebut kelihatan seperti bertindan – tindan.

Sakit mata tengok. Sekejap bertindan .. sekejap tidak.

Apabila dipandang sekilas lalu, bunga – bunga tersebut kelihatan seperti bertindan, namun apabila pandangan mata ditumpukan, jelas bahawa tiada garisan yang bertindih antara satu sama lain.

Guru tersebut kemudian mengongsikan gambar tersebut di laman web Reddit, dan ia mendapat perhatian yang cukup dahsyat daripada pengguna internet dengan hampir 100k upvotes.

Komen – komen daripada netizen cukup menghiburkan.

“Whoa peliknya”

“Benda ni menakutkan saya. Saya sedang cuak”

“Uh, mereka bertindan … eh … tak bertindan … tunggu … ya, bertindan .. kejap..”

“Diorang bertindan apabila kamu tak pandang. Diorang tak boleh dipercayai”

Ilusi optik adalah ilusi yang menipu sistem penglihatan mata kita untuk melihat sesuatu yang tak wujud, atau melihat sesuatu dengan salah.

Saintis telah mengkaji fenomena ilusi optik dan mereka masih belum faham sepenuhnya bagaimana ia berlaku.

Bagi kes ilusi optik di atas, hipotesisnya adalah ia terjadi akibat gangguan yang berlaku terhadap isyarat neural.

Ilusi optik yang hampir sama adalah seperti ilusi grid Hermann, iaitu apabila kita melihat bintik – bintik hitam di ‘persimpangan’ grid, walaupun hakikatnya ia tidak wujud.

Image result for grid illusion
Banyaknya bintik hitam. Eh jap, mana pergi? Oh tu ada balik. Eh jap.
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts