Baru – baru ini warganet seluruh Malaysia digemparkan oleh satu komen biadap seorang pengguna media sosial bernama Eric Liew terhadap Sultan Muhammad V.

Komentar itu kemudian mencetuskan kemarahan dan kecaman warganet yang meminta supaya dia diambil tindakan.

Warga media sosial kemudian memburu Eric Liew, termasuklah menghujani tempat kerja beliau, Cisco dengan desakan untuk mengambil tindakan. Cisco kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan sedang diambil oleh pihak mereka.

Namun malang sekali, apabila nama ‘Eric Liew’ dicari di ruangan carian Facebook, profail yang muncul paling atas sekali bukanlah Eric Liew pekerja Cisco, tetapi Eric Liew pensyarah Universiti Malaysia Pahang ….

Maka sudah pasti, terdapat segelintir warganet yang ‘terlajak’ memaki beliau, kerana disangkakan orang lain.
Namun, rakan taulan serta pelajar – pelajar beliau kemudian cepat mempertahankan beliau di ruangan komen, dengan menyedarkan orang ramai bahawa beliau tidak bersalah.

Beberapa jam kemudian, beliau mengeluarkan hantaran mengesahkan bahawa beliau bukanlah orang yang dicari. Namun lebih sempoi, beliau sempat mempromosikan institusi pengajian beliau, Universiti Malaysia Pahang!
Salam sejahtera kepada netizen sekalian
1. Saya bukanlah Eric Liew yang anda cari.
2. Terima kasih kpd para netizen yg saya baru kenali dan student yang telah mempertahankan saya.
3.Kepada Eric Liew yang lagi satu yang mengakibatkan semua ini, anda hampir saja memusnahkan hidup saya dengan hantaran pengecut dan tidak bertanggungjawab anda. Malaysia tidak dibina dalam satu hari atau oleh orang seperti kamu. Saya harap anda belajar sesuatu daripada semua ini. Jadilah seorang warga Malaysia yang menghormati orang lain.
Universiti Malaysia Pahang (UMP) Pengajaran dan kajian yang berkualiti.
Tahniah kepada beliau kerana berlaku tenang dalam krisis ini, semoga terus bersemangat untuk mengajar dan menabur kepada kepada dunia akademik!