5 tips jimatkan minyak dikongsikan pensyarah ini!

Berikutan isu kenaikan harga minyak, dua orang pensyarah dari Universiti Teknologi Sydney berkongsi lima tips untuk membuatkan minyak kereta dapat bertahan lama. Perkongsian ini telah dilakukan menerusi satu artikel di laman web The Conversation.

Jom kita tengok tips yang dikongsikan.

Gunakan kereta yang lebih kecil dan ringan

Seperti satu peraturan am menyatakan, semakin besar dan berat kereta anda, semakin banyak tenaga dan minyak digunakan untuk setiap kilometer. Oleh demikian, kereta yang kecil sudah pasti mengurangkan kos minyak anda.

Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa untuk setiap pertambahan berat kenderaan sebanyak 100 kg, maka penggunaan bahan api akan meningkat kira-kira 5% hingga 7% untuk kereta bersaiz sederhana. Biarpun menggunakan kereta yang kecil, adalah lebih baik mengurangkan bebanan dalam dan elakkan memandu kenderaan anda dengan berat yang berlebihan.

Gunakan teknik pemanduan eko (Eco-driving)

Teknik pemanduan juga memainkan peranan penting dalam keadaan ini. Eco-driving melibatkan kesedaran anda untuk mengambil kira setiap penggunaan bahan api dan mengambil tindakan untuk mengurangkannya.

Setiap kali anda berhenti, anda akan memecut mengikut kelajuan yang diinginkan. Maka, pecutan itu memerlukan banyak tenaga dan bahan api. Untuk menjimatkan minyak, anda perlu pandu dengan lancar tanpa terus memecut. Anda perlu sedar akan keadaan lalu-lintas untuk bijak mengawal kelajuan kenderaan serta tidak menekan brek sekiranya tidak perlu.

Terdapat juga keadaan minoriti iaitu bagi empunya kereta manual, memerlukan kepada pemanduan dengan gear yang tinggi bagi mengurangkan bebanan enjin dan penggunaan minyak. Tetapi, sekiranya anda ialah pemandu kenderaan auto, gunakan ‘eco setting’ sekiranya ada.

Rehatkan enjin anda

Sekiranya kereta sedang berhenti atau diparkir, matikan enjin. Sebuah kereta kecil kebiasaannya menggunakan satu liter minyak per jam ketika dalam keadaan tersebut, yang mana menghampiri dua liter per jam bagi sebuah kereta SUV bersaiz besar.

Tutup penyaman udara

Penggunaan penyaman udara akan menambahkan antara 4% dan 8% daripada penggunaan keseluruhan bahan api. Pengunaan kipas lebih menjimatkan, atau terus mendapatkan angin daripada luar ketika pemanduan.

Jaga tayar anda dan utamakan reka bentuk aerodinamik

Hal ini juga dapat memastikan tayar anda kembung dan menjimatkan penggunaan bahan api antara 2% dan 4%.

Daripada lima tips ni, mungkin terdapat beberapa yang dapat diaplikasikan. Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Sekiranya anda ingin membaca lanjut penulisan ini, anda boleh rujuk sini ya.

https://theconversation.com/5-tips-to-make-your-fuel-tank-last-longer-while-prices-are-high-180134

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts