Abang Ini Tegur Pelajar Cemerlang yang Berkeras Hendak Belajar Luar Negara

Pengguna Facebook Thirunavukkarasu Karasu yang juga merupakan pemilik PhD Kejuruteraan Sivil dari Universiti Sains Malaysia menegur pelajar – pelajar straight A yang berkeras mengatakan hanya Universiti Luar Negara yang layak buat mereka. Post abang ini buat kita berfikir.

Perlukah pelajar straight A hanya dihantar ke Universiti Luar Negara?

“Perlukah pelajar straight A hanya dihantar ke Universiti Luar Negara?”

Sekali lagi. Ini waktunya ketika mana pelajar dengan keputusan deretan A tak dapat penuhi impian mereka belajar di luar negara. Mereka kemudian mengadakan panggilan media untuk membuat aduan, dengan menyalahkan kerajaan, orang Melayu, sistem kuota, bahasa kebangsaan, cuaca dan selanjutnya. Pada mereka, salah orang lain bahawa mereka tak dapat pelajari perubatan di Royal College of Surgeons, Ireland, Undang – undang di Harvard atau aeronautik di NASA.

Mereka memikirkan kepandaian akademik mereka hanya sesuai untuk Ivy League, universiti – universiti di negara Orang Putih. Dan hanya untuk US atau UK atau Australia. Jika tidak, ia adalah tragedi. Mereka kata universiti tempatan ‘bertaraf rendah’ dan memanggilnya ‘universiti Melayu’ dengan reputasi akademik yang rendah.”

Memilih Universiti

Tapi yang melucukan, mereka masih mengadu jika mereka dihantar ke negara bukan orang putih. Katakan mereka dihantar pelajari matematik di institut bertaraf dunia IIT di Bangalore (yang diambil pekerja oleh Apple, Google dan Facebook) atau pengurusan bisnes di Universiti Hong Kong (Universiti terbaik Asia sekarang) atau sastera di Universitas Gajah Mada (universiti sastera Melayu no 1 dunia). Tawarkan mereka tempat – tempat ini dan mereka akan menangis seolah mereka dihantar ke Institut Tutorial Cerdik di Cheras!

Saya ketawa melihat mereka yang menangisi nasib mereka ini memikirkan bahawa jika mereka berada di luar Malaysia, mereka terus akan menjadi bahan untuk anugerah Nobel. “Brain Drain” adalah mantera hikmat. Kemudian parti politik akan memainkan kad perkauman dan mula menyalahkan orang Melayu sekali lagi!

Sebenarnya, ia adalah kesombongan jika anda tanya saya. Saya berterusan memberitahu mereka gred bukanlah satu – satunya kriteria kerana kebanyakan daripada pelajar CGPA 4.0 ini lemah dalam bidang lain. Betulkan jika saya salah, tapi berikut adalah profil kebiasaan kebanyakan pelajar straight A ketika temu bual:

Kekurangan Biasa Pelajar Straight A

  1. Penguasaan BM yang lemah! (saya tahu kerana saya temuramah kebanyakan mereka untuk kedudukan fakulti). Pelik sekali, apabila ramai yang mendapat A1 dalam kertas BM hanya dengan menghafal jawapan dalam buku ‘Soalan SPM / STPM tahun lepas” (termasuk karangan – karangan model) yang mereka hanya menyalin saja dengan sedikit perubahan dalam peperiksaan. Tapi cuba temu ramah mereka dan anda akan kagum bagaimana mereka kebingungan.
  2. Pengetahuan am yang lemah! Tanya mereka untuk menamakan 5 ke 10 pemimpin negara ASEAN. Atau tanya 5 pemandu F1 terbaik atau pemain tennis dan mereka akan berkelip mata. Tapi tanya mereka untuk datangkan (4x + 5y) kepada kuasa n (n = 7) dan mereka akan laju saja.
  3. Lemah bersukan! Sesetengah mereka adalah kaki bangku dan memikirkan Piala Dunia sebagai sejenis pasu dari Dinasti Ming. Disamping lemah sukan, mereka juga tiada pengalaman unit uniform. Hampir semua menunggu untuk disuap.
  4. Lemah kemahiran komunikasi! Dengan pandangan sempit perkauman dan tiada penghargaan langsung terhadap isu nasional. Kebanyakan memikirkan Melayu hanyalah golongan bernasib baik yang mengambil untung daripada mereka setiap kali mereka gagal masuk.
  5. Sikap yang buruk! Mentaliti ‘aku layak’ sangat ketara, memikirkan kegagalan mereka berpunca daripada hak mereka yang dirampas. Bukan kerana mereka gagal penuhi kriteria.

Beri Universiti Tempatan Peluang

Saya tahu saya kedengaran berulang – ulang tapi saya perlu lakukannya. Saya belajar di tiga Universiti tempatan untuk B.Sc (Hons), M.Sc dan Ph.D. Saya tak pernah ke luar negara. Malah kali pertama saya menaiki kapal terbang adalah ketika USM menghantar saya ke Ireland untuk kejohanan debat dunia pada tahun 1996. Di sana, ‘universiti Melayu taraf rendah’ ini berjaya mengalahkan pasukan Oxford dan Cambridge.

Di samping aktiviti ko – kurikulum, ‘universiti Melayu taraf rendah’ juga berjaya mengalahkan beberapa universiti top luar negara dalam pelbagai konferens saintifik dan simposium – simposium. Saya tahu kerana saya menangi Anugerah Kajian Terbaik untuk beberapa ciptaan saintifik. Hari ini saya dipanggil sebagai jurucakap dengan pelbagai konferens keselamatan penerbangan dan konferens teknikal yang dianjurkan oleh ICAO, IATA, Boeing Corp dan Airbus Industrie SAS. Dan saya tak pernah jumpa lagi pelajar Malaysia Ivy League lakukan itu (saya tak katakan universiti luar negara buruk)

Mesej saya mudah, berikan peluang kepada universiti awam kita. Jangan cepat menilai sesuatu. Ambil nasihat ini daripada jurutera ‘universiti Melayu taraf rendah’ yang sekarang dapat bekerja di luar negara, peroleh gaji yang baik, dan masih menyumbang kepada negara.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts