“Singgah di Johor atau Johol”? Isu Baru yang Mencetus Debat Netizen

Isu mengenai penggunaan kata yang benar terhadap ungkapan klasik lagu Melayu timbul lagi. Kali ini berkenaan perkataan ‘Johor’ atau ‘Johol’.

Seorang pengguna Twitter meluahkan ketidakpuasan dirinya apabila menganggap ramai orang salah menyanyikan lagu klasik Joget Pahang.

Menjengkelkan betul bila orang nyanyikan ‘Dari Melaka ke Negeri Pahang, singgah di Johor beli berangan’. Sesungguhnya bukan Johor harap maklum, tapi Johol. Johol ni kawasan di Negeri Sembilan. Jadah nak pergi Pahang dari Melaka, patah balik Johor. Biasakan betul, betulkan biasa.

Menurut pengguna ini, penggunaan Johor adalah salah kerana tidak logik dari sesi geografi. Kenyataan ini mengundang respon yang hebat dari pelbagai pihak di alam maya, kerana ini bermakna, beliau mencabar lirik lagu rasmi Joget Pahang nyanyian P Ramlee:

Dari Melaka
Ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Kami ucapkan selamat datang
Apa yang kurang dicaci jangan

Jawapan Daripada Anak Penulis Lirik

Anak kepada penulis lirik lagu Joget Pahang nyanyian P Ramlee, Anwardi Datuk Jamil , kemudian tampil memberikan respon:

https://www.facebook.com/anwardij/posts/1924520314284124

“Ada  orang bertanyakan saya untuk menyelesaikan pertikaian malam semalam. Dalam lirik lagu Joget Pahang, lagu yang dikomposisikan oleh P Ramlee dengan lirik oleh arwah bapa saya, mereka bertanya saya – ada satu baris yang mengatakan:

“Dari Melaka ke negeri Pahang, Singgah di Johor Beli Berangan”

Ada orang yang memberitahu umum bahawa perkataan yang asal adalah Johol dan bukan Johor. Menurutnya, siapa yang waras mahu pergi ke Johor terlebih dahulu, kemudian ke Timur Laut ke Pahang. Johol lebih masuk akal, katanya, kerana Johol di Negeri Sembilan dan lebih masuk akal untuk melalui Johol untuk ke Pahang.

Saya sebenarnya tak perlu menyemak nota arwah bapa saya kerana saya tahu memang maksud beliau Johor. Untuk pihak yang mengatakan ia Johol, saya cadangkan tak perlu tunjuk pandai.

Kisahnya adalah tentang Hang Tuah pergi ke Pahang untuk membawa balik Tun Teja. Sekarang, ini adalah abad ke 16. Jika anda google Johol, anda akan tahu bahawa pada pertengahan abad ke 17 (setelah kejatuhan Melaka), Johol masih dipanggil Sungei Keroh. Hanya apabila Undang Johol wujud barulah kawasan tersebut dipanggil Johol secara rasmi. Jadi, Johol tidak wujud pada waktu Hang Tuah. Itu satu.

Sekarang, saya rasa orang ini fikir bahawa Lebuhraya Karak wujud pada waktu itu, itulah sebabnya dia kata ia lebih masuk akal untuk Hang Tuah pergi ke Utara, kemudian Timur (melalui lebuh raya Karak dan lebuh raya Timur – Barat baru). Secara logiknya, jika lebuh raya wujud pada waktu itu, barulah masuk akal. Tapi tidak. Itu dua.

Begitu juga, Johor adalah negeri bukan bandar seperti Johor Lama atau Johor Baru. Ia adalah negeri yang mempersempadankan Melaka. Pada waktu dulu – dulu, jika anda cukup dungu untuk untuk cuba pergi ke Pahang menggunakan jalan darat, anda akan perlu masuk Johor dulu ke arah pantai Pekan dan kemudian ke arah Timur ke Kuantan atau Inderapura. Melalui jalan Johol ke laluan Kuantan kerja gila kerana anda perlu memanjat gunung sebelum sampai ke Pahang. Itu tiga.

Akhir sekali, jika dia membaca buku Hang Tuah, dia pasti sedar bahawa Hang Tuah ke Pahang menggunakan laut, melalui Selat Johor dan kemudian ke Laut China Selatan. Jadi pergi ke Johol menggunakan kapal pasti sukar.

Jadi saya fikir bapa saya sememangnya maksudkan Johor dan bukan Johol, seperti yang ditunjukkan.

Maka jelaslah, bahawa sememangnya Johor, bukan Johol.

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts