Peta Interaktif Ini Tunjuk Kat Mana Kita Keluar Kalau Kita Korek Terus Ke Dalam Tanah

Waktu kita kecil, bila kita baru saja belajar tentang bentuk bumi sebagai sfera (atau oblate sferoid, untuk jenis yang nerd sikit), kita terus terbayang apa akan jadi bila kita korek bumi tanpa henti.

Mesti kita akan keluar ke mana – mana negara lain di bahagian bertentangan bukan? Contohnya kalau kita mulakan projek mengorek di Rawang, dan katakan kita miliki kekebalan Superman untuk tahan kepanasan dan tekanan di pusat bumi, di hujung korekan kita itu pasti kita akan keluar di … Amerika?

Tapi malangnya imaginasi keanak – anakan kita untuk membina terowong pintas yang merentasi bumi itu mungkin tidak akan tercapai kerana 1) ada halangan ‘kecil’ berupa suhu teras bumi yang panasnya 6,000 C dan tekanannya 3.5 juta kali ganda permukaan, dan 2) mana nak sedut duit bang, ingat ini Minecraft ke?

Sekarang persoalan besar kita waktu kecil itu boleh dijawab, dengan melayari antipodesmap.com ini.

Antipode adalah titik di atas permukaan bumi yang bertentangan secara garis pusat (diameter) merentasi satu garis lurus yang melalui pusat bumi. Contohnya, Kutub Utara dan Kutub Selatan adalah antipod.

Cara penggunaan laman web ini mudah saja, kita masukkan alamat kita, dan kita tengok ke mana kita akan keluar kalau kita korek ke bawah tanah.

Contoh kalau kita masukkan Rawang, antara tempat paling ajaib di Malaysia;

Kita berkemungkinan timbul di Ecuador.

Macam mana pula dengan negara asal Doraemon, Jepun?

Alamak, keluar di tengah lautan pula.

Kalau tempat admin belajar dulu, Sheffield?

Aduh, air juga.

Jadi itulah, disebabkan bumi ini hampir 71% air, maka berkemungkinan besar percubaan – percubaan kita akan membawa ke kebiruan yang tidak berkesudahan. Juga bermakna projek terowong pusat bumi kita juga tidaklah bermanfaat sangat kalau kita cuma keluar di tengah – tengah lautan.

Jadi apa yang kita nak buat dengan maklumat ini? Tak tahu. Mungkin kita nak ziarah jiran antipod kita suatu hari nanti? Boleh mula mesej di FB dulu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts