56 Peratus Orang Amerika Mahu Buang Nombor Arab dari Silibus Sekolah, Tanpa Sedar Mereka Sedang Gunakannya.

Sebuah bancian terhadap rakyat Amerika telah menghasilkan keputusan yang buat kita tepuk dahi.

Bancian tersebut bertulis: “Adakah sekolah – sekolah Amerika perlu mengajarkan nombor Arab sebagai sebahagian daripada kurikulum mereka?”

Bancian yang dijalankan oleh syarikat bancian Civic Science itu mendapati 56% orang Amerika mahu nombor Arab diharamkan di sekolah – sekolah.

Masalahnya …

Nombor Arab itu adalah nombor 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9 yang mereka gunakan setiap hari!

Sistem nombor Arab 0 – 9 telah dikembangkan ke Eropah pada abad ke 6 dan 7 Masihi menerusi tulisan ahli matematik seperti al Khwarizmi dan al Kindi. Sebelum itu, nombor ini diadaptasi dan dikembangkan daripada tamadun Hindu, terutama penerimaan konsep nombor sifar.

Itulah sebabnya nama lain sistem nombor yang kita gunakan sekarang adalah nombor Hindu – Arab, tapi ia lebih dikenali di Eropah sebagai sistem nombor Arab.

Image result for arabic numerals
Beberapa versi nombor Arab – Hindu, versi 0 -9 yang kita biasa gunakan berasal daripada sistem Arab Barat

Sudah pasti, mereka yang mengundi untuk mengharamkan nombor Arab ini tidak tahu menahu tentang sejarah nombor, dan hanya bereaksi dengan prejudis.

Atau mungkin mereka memang mahu kembali menggunakan sistem nombor Roman I,V,X,L,C,D,M?

https://twitter.com/Brian_Bokenyi/status/1127300117881675776

Tujuan bancian tersebut dibuat sebenarnya hanya ingin menguji sikap prejudis mereka yang mengundi tanpa memahami soalan.

“Kebanyakan orang tak tahu asal usul sistem nombor kita tapi tetap pilih jawapan berpuak – puak”

John Dick – Civic Science

Sikap prejudis orang Barat terhadap sistem nombor ini bukan baharu. Dalam catatan sejarah, mereka pernah mengharamkan nombor sifar kerana menganggap ia satu bid’ah orang Arab yang mereka perangi ketika itu.

Total
3
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts