Antara perkara yang paling seronok belajar di luar negara adalah apabila membuat kawan baru dari negara dan budaya yang sama sekali berbeza dengan kita. Kadang – kadang terdapat banyak prejudis yang kita miliki terhadap penduduk sesebuah negara, sehinggalah kita berkawan dengan mereka dan mengubah persepsi kita!
Itulah yang diceritakan dalam komik Satoko to Nada (Satoko dan Nada). Ia mengisahkan tentang pelajar Jepun bernama Satoko yang menyambung pelajaran di USA. Dia kemudian berkongsi bilik dengan seorang pelajar Muslimah Arab Saudi yang kemudian menjadi kawan baiknya.
Pada mulanya Satoko risau tak mampu bergaul dengan teman sebiliknya itu.
Tapi kemudian persefahaman terjalin dan mereka mula menjadi sahabat karib.
Topik utama yang paling banyak diketengahkan adalah tentang hijab.
Mengenali Nada, Satoko mula merasakan pandangannya tentang hidup sedikit berubah
dan tercabar.
Satoko juga mula memahami perbezaan nilai baik dan buruk budayanya dan budaya milik Nada.
Manga ini juga mengenengahkan penerangan mengenai amalan agama Islam kepada Satoko, dan orang Jepun secara umum. Seperti puasa Ramadhan:
Makanan halal
dan solat
Mereka juga berbincang hati ke hati mengenai cita – cita
Manga ini sememangnya unik dan jarang ditemui. Di samping mempunyai elemen pendidikan mengenai perbezaan budaya dan keadaan belajar di luar negara, ia juga mengenengahkan sisi agama Islam secara positif yang jarang dilihat oleh rakyat Jepun. Ini mungkin manga pertama yang berbuat demikian (?).
Kita doakan yang terbaik untuk Satoko dan kawan baiknya Nada 🙂