Masalah troli (the Great Trolley Problem) adalah antara masalah falsafah dan etika klasik yang popular yang mencabar prinsip moral seseorang.

Masalahnya berbunyi sebegini:
Anda melihat sebuah troli yang menuju ke arah 5 orang yang terikat di atas landasan. Di tepi anda adalah sebatang tuil yang boleh mengubah landasan troli tersebut. Jika anda tarik tuil tersebut, troli itu akan menukar arahnya ke landasan yang satu lagi dan kelima – lima orang yang terikat tersebut akan terselamat. Namun pada landasan satu lagi tersebut adalah 1 orang yang turut terikat.
Anda ada dua pilihan:
- Tak buat apa – apa dan biarkan saja troli tersebut membunuh 5 orang yang terikat pada landasan pertama.
- Tarik tuil dan ubah landasan troli untuk membunuh seorang saja.
Soalannya, apakah pilihan yang lebih beretika? Tindakan mana yang betul?
Pilihan yang pertama menganggap bahawa seorang saja yang mati lebih baik daripada lima yang mati (utilitarianisme). Jadi bukan saja menarik tuil itu harus, malah ia pilihan yang lebih bermoral.
Pilihan kedua pula menganggap keadaan sudah pun salah secara moralnya (oleh orang yang mengikat mangsa). Maka dengan kita melibatkan diri dengan keadaan yang telah sedia salah itu, kita secara langsung bersubahat membunuh nyawa manusia. Kita asalnya tidak bertanggungjawab pun dengan kejahatan orang lain. Jadi biarkan saja tuil itu.
Dilema ini menghantui ahli falsafah dan pengkaji moral dari dulu. Tapi anak kecil 2 tahun ini punyai solusi yang menarik terhadap masalah ini:
Apa yang budak 2 tahun ini buat apabila dipersembahkan dengan masalah ini?

… Dia mengalihkan orang di landasan yang satu lagi dan meletakkannya bersama satu lagi rakannya.
Wah, mendalam sekali tindakan ini. Memang tidak lain pilihan ini hanya boleh lahir daripada jiwa anak yang suci. Mengapa perlu bincangkan berapa orang yang perlu mati jika anda miliki kuasa untuk selamatkan semuanya? Inilah jawapan paling baik untuk dilema ini yang …
Eh jap Nicholas awak buat apa tu?
Nicholas JANGANNNNN

Himpunan Troll Troli
Anda minat dengan masalah falsafah ini? Pasti anda minat juga dengan troll troll yang disediakan internet yang mempermainkannya.





