Saintis Perdengarkan Lagu Hip Hop Kepada Keju. Ini Hasilnya.

Kerja seorang saintis tak semestinya hanya melibatkan kajian seperti pemerhatian lohong hitam, menganalisis eksperimen kuantum kompleks atau menguji kesan ubat kepada sel kanser.

Kadang kala ada juga sesetengah eksperimen sains ‘merepek’ yang buat dahi kita berkerut, seperti saintis di Switzerland yang habiskan 6 bulan memperdengarkan lagu – lagu berbeza kepada keju.

Menurut kenyataan akhbar cheeseinsound (entah kenapa kelakar pula bunyinya), saintis – saintis tersebut mendapati keju yang terdedah kepada muzik miliki rasa yang berlainan berbanding keju biasa.

Bern University of the Arts / Cheese in Sound

Keju yang didedahkan kepada lagu Hip Hop didapati miliki bau yang lebih kuat sedangkan rasanya lebih pekat dan manis berbanding sampel malar.

Laporan tersebut tidaklah kedengaran seperti merepek dan buang masa, kerana menurut mereka: impak akustik bio gelombang bunyi mengesani prosess metabolik keju.

Rupa – rupanya, Sonochemistry, iaitu satu bidang kajian saintifik yang mengkaji pengaruh gelombang bunyi kepada bahan pepejal sememangnya wujud. Gelombang ultrasonik digunakan untuk merubah reaksi kimia pada satu satu bahan.

Keju pula secara asasnya adalah hasil kesan kimia dan pengaruh organisme mikro, jadi mungkin gelombang bunyi sememangnya mampu mendatangkan kesan tertentu kepadanya.

Seorang saintis yang terlibat dalam kajian tersebut, Bet Wampfler mengatakan bahawa “Bakteria bertanggungjawab terhadap formasi rasa keju. Saya yakin selain faktor kelembapan, suhu dan nutrien, bunyi, gelombang ultrasonik dan muzik juga boleh datangkan kesan fizikal” katanya kepada AFP.

Cara Eksperimen Dijalankan

Untuk menguji kesan muzik pada keju, sembilan keju Emmental seberat 10kg diletakkan di rak kayu di gudang keju Wampfler. Setiap keju diperdengarkan muzik – muzik berbeza berdurasi 24 jam yang diulang – ulang setiap hari menggunakan transducer mini yang menyalurkan gelombang bunyi terus kepada keju.

Tranducer di bawah keju yang menyalurkan muzik secara langsung kepada keju

Lima keju dimainkan genre muzik yang berbeza, satu diperdengarkan Led Zeppelin (Rock), satu lagu The Magic Flute oleh Mozart, satu tekno, satu Yello dan yang terakhir didendangkan A Tribe Called Quest.

3 lagi keju sekadar didedahkan kepada gelombang berfrekuensi tinggi, sederhana dan rendah. Manakalah satu lagi keju didendangkan lagu paling sedap di dunia, kesenyapan (ya, ini sampel malar).

6 bulan mendengar lagu yang sama setiap hari dan saat, keju – keju tersebut kemudian dihidangkan kepada pakar merasa keju untuk dipastikan perbezaan rasanya.

Panel pakar rasa keju.

Ternyata, ujian rasa yang dibuat menyimpulkan bahawa sememangnya terdapat perbezaan rasa yang nyata. Keju Hip Hop dinobat sebagai yang paling sedap.

Bertitik tolak daripada eksperimen ini, saintis di Switzerland berhasrat mahu menjalankan lebih banya eksperimen dengan lebih banyak sampel lagu.

Kami syorkan lagu Pergi Tak Kembali oleh Rabbani dan Menanti di Barzakh oleh FarEast. Mungkin kita boleh peroleh tekstur keju yang lembut kerana ia insaf?

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts