5 Masalah Paling Besar Pendidikan Moden Menurut Reddit

Seorang penanya di Reddit menanyakan: “Cikgu – cikgu, apa masalah dengan pendidikan moden?”. Soalan tersebut diajukan kepada ratusan ribu pengguna laman web tersebut yang datang daripada pelbagai negara dan latar belakang.

Berikut adalah jawapan – jawapan yang paling banyak dipersetujui ramai:

Peraturan dan Undang – undang oleh Orang Tak Berkelayakan (2000 poin)

Image result for school system

“Undang – undang dan peraturan pengajaran dibuat oleh orang yang tak tahu apa – apa mengenai pendidikan, dan apa kehendak sistem pendidikan. Fokus mereka hanyalah politik, dan bukan pendidikan”

Ujian, Teknologi, Silibus Padat. (6300 poin)

Image result for school system

“Ujian, Teknologi dan silibus yang terlalu padat. Saya terpaksa menamatkan perbincangan yang menarik sebab kami terpaksa mengharungi keseluruhan topik. Kita letakkan ujian dan teknologi melangkaui mengajar murid untuk berfikir”

Saiz Kelas (8100 poin)

Image result for kelas padat

“Satu perkara yang jarang disebut adalah saiz kelas yang besar. Siapa yang fikir mengajar 45 murid – murid dalam satu bilik, yang terdiri daripada pelajar pandai hinggalah kepada pelajar bantuan khas sebagai idea yang bagus? Dalam kelas berdurasi 53 minit, saya tak mampu mengajar dan kemudian berinteraksi dengan mereka semua. Ia tak masuk akal”

Pemikiran Kritikal tak Lagi Dipentingkan (12600 poin)

Image result for school system comic

“Pemikiran kritikal selalu diletakkan di kerusi belakang. Saya tak pasti sama ada ia masih berada dalam kereta”

“Ini sememangnya isu besar. Saya mengajar di kolej dengan kadar penerimaan yang tinggi. Mereka tak mampu menulis dengan baik dan hanya mampu menghafal. Mereka terpaksa bergelut untuk melakukan apa saja analisis”

PEPERIKSAAN (16900 poin)

Image result for school system comic

“Peperiksaan. Saya habiskan satu tahun semata – mata mengajar untuk periksa. Anda fikir itu cuma satu frasa? Tak. Keseluruhan tujuan saya adalah untuk menyiapkan murid – murid untuk lulus periksa hujung tahun. Murid yang tak boleh berbahasa Inggeris dan yang bahan bacaan mereka 5 darjah ke belakang diharapkan untuk lulus peperiksaan yang sungguh tak adil dan tak masuk akal. Jika mereka tak lulus, gaji saya dipotong. Saya boleh kehilangan kerja. Saya ditarafkan sebagai tak efektif, tanpa mengira KENAPA mereka tak lulus. Kalau ada murid yang tertinggal 100 hari persekolahan, saya yang dipersalahkan bila dia tak lulus periksa. Saya benci peperiksaan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts