5 Ciptaan Bijak Yang Diinspirasikan Alam

Manusia mencipta banyak ciptaan moden yang mengagumkan. Namun ciptaan – ciptaan tersebut tidak akan mampu dihasilkan melainkan manusia mencari inspirasi dan ilham daripada alam sekitar ciptaan Tuhan.

Inovasi yang diaplikasikan daripada penelitian terhadap fungsi alam ini dipanggil biomimicry.

Berikut adalah beberapa contoh teknologi moden yang dihasilkan dengan merujuk kepada reka cipta menakjubkan alam!

Keretapi Shinkansen – Diinspirasikan Burung Raja Udang

Keretapi peluru Shinkansen yang merupakan keretapi berkelajuan tinggi di Jepun direka dengan merujuk kepada bentuk paruh burung raja udang.

Burung raja udang bergerak dengan laju dari udara, iaitu medium rendah rintangan, ke dalam air, medium yang tinggi rintangan. Paruh burung raja udang memiliki bentuk yang ideal untuk menghadapi impak sedemikian.

Disebabkan keretapi Shinkansen menghadapi masalah yang sama, iaitu memecut dari kawasan berintangan rendah kawasan terbuka ke kawasan berintangan tinggi terowong, bahagian depan keretapi tersebut direka berdasarkan bentuk paruh burung raja udang.

Pendinginan Pasif Bangunan – Diilhamkan Sarang Anai – anai.

Eastgate Centre, Biomimetic Architecture, Biomimicry, Biomimetic Design, Biomimicry of Termite Mounds, Green Building With Termites, Eco Building, Sustainable Design, Harare, Zimbabwe, Africa, sustainable architecture, biomimicry, termite mound, construction, natural cooling, natural ventilation

Anai – anai di Zimbabwe membina sarang gergasi yang mampu mengekalkan suhu yang dalaman konsisten sebanyak 30.5 darjah walaupun suhu luaran berubah – ubah.

Anai – anai tersebut berjaya mencapai pencapaian yang mengagumkan ini dengan membina bolong angin yang terbuka dan tertutup sepanjang hari, dengan meregulasikan aliran udara.

Termite Mound

Prinsip reka bentuk ini diaplikasikan oleh bangunan seperti Eastgate Centre.

Velcro

Burrs and velcro

Velcro – ciptaan yang kita biasa gunakan untuk mengikat kasut sekolah dengan fungsi lekatan, dihasilkan oleh George de Mestral pada tahun 1941. Mestral mengambil idea daripada tumbuhan yang melekat pada bulu anjingnya.

Setelah mengkaji menggunakan mikroskop, beliau dapati tumbuhan tersebut miliki cangkuk – cangkuk kecil yang membolehkannya melekat dengan sangat kuat. Ini mencetuskan idea untuk menghasilkan pelekat velcro dengan meniru fungsi tumbuhan bercangkuk tersebut.

Cat Bersih Sendiri – Daripada Bunga Teratai

Kesan teratai atau juga dikenali sebagai superhydrophobicity, adalah kesan yang dapat dilihat pada daun teratai, di mana air tidak mampu membasahkan permukaan daun tersebut. Penolakan ini berlaku lantaran struktur nano daun tersebut, di mana tonjolan mikro yang dilapisi bahan hidrofobik berlilin menolak air dari permukaan. Ini juga menghasilkan kesan bersih sendiri, kerana partikel habuk melekat pada air dan ditolak keluar.

Dengan meniru proses ini, pelekap permukaan seperti cat bersih sendiri dapat dihasilkan.

Pelekat Super dari Kaki Cicak

Saintis telah menghasilkan sejenis pelekat baru yang meniru mekanisme kaki cicak yang membolehkannya merangkak pada siling. Pelekat baru yang bernama ‘geckotape’ ini memiliki berbilion fiber plastik yang kecil yang berukuran diameter kurang daripada satu mikrometer. Reka bentuk ini diambil daripada rambut semula jadi yang menutupi kaki cicak, lantas menghasilkan lekatan elektrodinamik pada tahap mikroskopik.

Satu meter persegi tape gecko ini boleh menampung berat satu kilogram.

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts