5 Bencana Akibat Salah Unit Ukuran (Meter, Kilogram vs Inci, Pound)

“Tinggi siling rumah berapa kaki?”

“Err siling rumah mana ada kaki?”

Mungkin anda pernah alami situasi sebegini, anda pelajari unit metrik di sekolah (meter, kilogram), kemudian anda ditanya tentang ukuran sesuatu dalam unit klasik (jengkal, hasta) atau unit imperial (batu, inci, gelen). Biasanya oleh pakcik makcik.

Disebabkan tak mahu kelihatan kurang bijak, anda main teka saja ukuran tersebut, atau pura – pura semak telefon pintar untuk jawab whatsapp penting (tapi sebenarnya anda google 2 kaki berapa meter).

Maka terjadilah tersilap kiraan, kain terlebih panjang atau tersingkat, semata – mata kerana perbezaan unit ukuran.

Image result for baju melayu jubah
Nak beli baju melayu terjadi jubah pulak. Takpelah, surau panggil buat ceramah.

Tapi jangan risau, sebab kesilapan kita ini kecil saja dibandingkan dengan bencana – bencana besar yang terjadi akibat salah unit ukuran berikut:

Kapal Terbang Habis Minyak Pertengahan Jalan

Image result for boeing 767 air canada ran out of fuel
Bila ustaz suruh kembali ke pangkal jalan bukan ini maksudnya.

Kapal terbang Boeing 767 Air Canada kehabisan minyak di pertengahan jalan kerana kesilapan penggunaan unit metrik.

Isipadu minyak sewaktu diisi dalam tangki dianggap dalam unit kilogram, tapi sebenarnya pound. Maka kapal terbang berlepas dengan jumlah separuh isipadu minyak daripada sepatutnya!

Tapi mujur pemandu kapal terbang menyedari bahawa terdapat laluan daratan yang tidak digunakan di Gimli, lantas menukar tempat daratan di situ. Tiada kematian dicatatkan.

Tenggelamnya Kapal Perang

File photo: Swedish Royal warship Vasa on show at a museum in Stockholm on 24 April 2011
“Kapal Perang ni bukan tenggelam, dia dibina untuk berperang dengan ikan jerung dan paus!” – Kapten kapal. Kot.

Pada tahun 1628, Kapal Perang Sweden karam di tengah lautan. Ramai yang cuba menjelaskan punca insiden yang memalukan ini.

Rupa-rupanya kapal perang tersebut tidak dibina secara simetri. Puncanya, pekerja menggunakan 4 pembaris yang berbeza. Pembaris tersebut memiliki unit yang berlainan dengan piawai ukuran pada zaman tersebut.

Dua pembaris dibuat dengan merujuk kepada kaki Amsterdam yang miliki 11 inci, dua lagi merujuk pada kaki Swedish, yang miliki 12 inci untuk satu kaki.

Image result for feet
Ini pula satu hasta lima kaki

Aduh.

Roller Coster Mati Pertengahan Jalan

Image result for disneyland roller coasters
“Jangan takut dik, roller coaster ni takkan berhenti tengah jalan punya”

Roller Coaster Tokyo Disneyland mati di pertengahan jalan pada tahun 2003. Puncanya adalah kerana gandar roda yang patah.

Rupa – rupanya puncanya adalah kerana gandar tersebut lebih kecil berbanding sepatutnya. Puncanya adalah kerana dokumentasi lama menggunakan unit imperial yang kemudian ditukar kepada unit metrik.

Nasib baik, tiada kematian dan kecederaan dicatatkan. Kalau tidak mungkin akan keluar filem atau anime khas tentang insiden kematian di taman tema.

Tersalah Benua da..

Image result for christopher columbus
“Korang salah kira kena maki. Aku salah kira ribuan batu jauh dia dapat gelaran penemu benua Amerika”

Ramai yang kenal Christopher Columbus sebagai penemu benua Amerika. Tapi sebenarnya itu tidak disengajakan. Columbus sebetulnya mahu ke benua Asia.

Macam mana boleh lari jauh sangat? Sebab 1) Columbus gunakan nilai satu darjah bersamaan 56.67 batu nautika milik Abu al Abbas Ahmad ibn Muhammad al Farghani, 2) kemudian beliau terkeliru pula antara batu Roman (4856 kaki) dengan batu Arab (7091 kaki), 3) tak cukup dengan itu, beliau tersalah letak lokasi Jepun 8000 batu lebih dekat kepada teluk St Vincent.

Maka jumlah jarak yang dikira: 3080 batu nautika. Sedangkan jumlah jarak yang sebenar adalah 7313 batu nautika. 58 peratus margin kesilapan.

Rugi 125 Juta Dollar

Mars Orbiter in 1997
“Apa nak bagitau bos ni”

NASA mungkin agensi terakhir yang kita sangka akan buat kesilapan amatur ini. Iyalah, kan penuh dengan genius – genius IQ 150 ke atas?

Satelit NASA hilang pada tahun 1999 kerana pasukan NASA menggunakan unit metrik sedangkan kontraktor pula menggunakan unit imperial.

Probe $125 juta tersebut terlalu hampir dengan Marikh sewaktu ia mahu masuk ke orbit, dan dianggap telah musnah diranapkan oleh atmosfera planet tersebut.

Kajian mendapati ‘punca utama’ kehilangan tersebut adalah ‘penterjemahan yang gagal antara unit Inggeris dengan unit metrik’ dalam perisian.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts