Misteri Warna Pink

Perhatikan spektrum warna di bawah.

Ok, sekarang cabaran untuk anda:

Cuba cari mana warna pink dalam spektrum Itu

Tak dapat cari kan? Maka itu membawa kita pada satu konklusi:

Warna pink tidak wujud. 

Eh jap. Hah??

Kontroversi Warna Pink

Sebenarnya terdapat perdebatan yang terjadi berkenaan warna pink ini. Ia dicetuskan oleh sebuah video daripada saluran minutephysics yang mengatakan bahawa cahaya berwarna pink itu tidak wujud.

Menurut video tersebut, warna pink (atau merah jambu) tidak terdapat dalam spektrum warna ROYGBIV (Red – Orange – Yellow – Green – Blue – Indigo – Violet) atau versi Melayu, MJKHBIU (Merah – Jingga – Kuning – Hijau – Biru – Indigo – Ungu).

Warna – warna tersebut dipanggil sebagai cahaya tampak (visible light), kerana warna – warna inilah yang dapat ditangkap oleh mata kita.

Tapi, cahaya tampak (warna pelangi) ini hanyalah satu bahagian kecil daripada spektrum elektromagnet cahaya, kita tak boleh lihat sinar gamma, X ray, dan Sinar Lembayung

(kalau anda boleh nampak Sinar Gamma, Sinar x dan Inframerah, tolong daftar pada mana – mana daftar ahli Avengers yang berdekatan)

Jadi, memang betul, tiada panjang gelombang (wavelength) cahaya yang berwarna pink. Pink memerlukan campuran warna merah dan ungu. Masalahnya, kedua warna ini berada di dua hujung spektrum cahaya tampak.

Maka seorang wartawan sains, Robert Krulwich menjadi tidak keruan apabila mengetahui perkara ini. Katanya:

Pink bukan satu panjang gelombang yang sebenar. Ia suatu rekaan. Ia tidak wujud.

Semua warna pink yang kita lihat sebenarnya hanya dalam kepala kita saja!

Ah sudah. Bertambah lagi satu teori konspirasi!

Pink Wujudlah!

Setelah teori yang mengatakan warna pink tidak wujud itu meletus popular sehingga turut dilaporkan oleh TIME, ‘perang’ pun terletus. Mungkin kerana ia menggugat identiti berbilion wanita seluruh dunia yang merasa warna kegemaran mereka terancam.

Ada satu peraturan abadi yang perlu sentiasa diingat: jangan cari pasal dengan perempuan.

Askar pink, bersiap sedia!

Maka seorang wartawan saintifik Rebecca Boyle (yup, perempuan) kemudian ‘menggesa agar kebodohan ini dihentikan, sudah pasti pink adalah suatu warna’.

Menurut beliau, ya, warna pink tidak terdapat dalam spektrum warna. Tapi ini tidak bermakna pink itu bukan warna!

Menurut pakar warna Jill Morton:

Sudah pasti pink adalah suatu warna. Tapi betul, ia tiada dalam spektrum cahaya. Pink adalah warna ekstra – spektral, anda perlu mencampur warna untuk mendapatkannya.

Contohnya, apabila kita mencampur cat merah dengan putih, kita akan mendapat warna pink.

Apabila kita melihat objek berwarna pink, sebenarnya apa yang kita lihat adalah situasi percampuran panjang gelombang yang berbeza, ada yang dipantulkan, ada yang diserap, ada yang dipadamkan oleh pigmen.

Pink adalah warna pantulan, bukan warna pancaran. Anda miliki persepsi melihat warna pink kerana otak anda menterjemah warna tersebut daripada cahaya yang terpantul.

Eh jap.. Ya Ke…

Jadi warna yang terhasil akibat percampuran tetap dianggap warna! Maka warna pink itu wujud!

…… Tidak juga. Kerana keseluruhan ‘warna’ sebenarnya tidak ‘wujud‘. Menurut saintis:

Warna sebenarnya bukan ciri – ciri objek. Malah bukan ciri – ciri cahaya pun. Ia hanyalah persepsi dalam otak anda.

Warna cumalah bergantung pada frekuensi gelombang cahaya yang terkena pada mata kita, dan bergantung pada bagaimana cara otak kita mentafsir warna tersebut. Ia bukan sifat yang dimiliki oleh objek…?

stressed its always sunny GIF

Apapun tak kisahlah setakat mana anda mahu memanjangkan perdebatan falsafah berkaitan kewujudan warna yang dah berabad lamanya ini, satu konklusi yang pasti adalah:

Warna pink ‘wujud’ seperti mana wujudnya warna merah, oren, kuning dan hijau.

Ok … dah.

Total
37
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts