Kategori Hazard dan Puncanya

Dalam artikel yang lalu, kita membincangkan berkaitan kategori hazard berdasarkan kesannya iaitu hazard keselamatan, hazard kesihatan dan hazard alam sekitar. Tahukah anda, hazard juga boleh diklasifikasi kepada kumpulan berdasarkan punca adanya hazard tersebut. Sebelum kita membicarakan tentang jenis-jenis hazard ini, haruslah kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan hazard.

Maksud Hazard

Hazard ini bukanlah nama kepada pemain bola sepak terkemuka Eropah Eden Hazard, namun bermaksud sumber atau situasi yang boleh mendatangkan kecederaan, membahayakan kesihatan atau merosakkan harta benda dan alam sekitar. Berdasarkan definisi ini, kita dapat mengembangkan jenis hazard kepada beberapa kumpulan sumber. Secara umumnya, hazard seringkali diklasifikasikan kepada enam kumpulan utama berdasarkan sumbernya. Ayuh kita tahu dan cakna dengan jenis hazard yang berada di sekeliling kita:

Hazard Biologi

Hazard biologi juga seringkali dikenali sebagai biohazard, merupakan hazard yang berpunca daripada bahan biological atau bahan organik yang boleh membahayakan kesihatan kepada benda hidup terutamanya kepada manusia. Virus, bakteria, organisma mikro dan toksin merupakan contoh biohazard yang mampu memberi kesan kepada tubuh badan manusia. COVID-19 merupakan contoh mudah bagi kategori ini.  Selalunya pekerja yang bekerja di hospital, di makmal-makmal kajian dan terlibat dalam spesimen biologi mempunyai risiko yang tinggi terdedah kepada bahaya hazard ini. Tahap bahaya adalah berbeza mengikut :

  • Sifat semula jadi dan kepekatan agen penyakit.
  • Laluan masuk agen penyakit ke dalam badan
  • Ketahanan pekerja yang terdedah

Selain daripada itu, haiwan dan tumbuhan juga boleh dikategorikan sebagai hazard biologi seandainya kehadiran mereka menjadi punca bahaya kepada pekerja/manusia. Sebagai contoh, ular merupakan hazard biologi kepada pekerja yang bekerja di ladang kelapa sawit dan sawah padi.

Hazard Kimia

Hazard kimia merupakan sebarang bahan berbentuk gas, pepejal atau cecair yang mempunyai keupayaan untuk memberi kesan secara fizikal atau masalah kesihatan kepada manusia atau boleh membahayakan alam sekitar. Kesan kulit terbakar, masalah kesihatan jangka panjang, kemusnahan alam sekitar berpanjangan dan kebakaran serta letupan merupakan kesan yang sering dikaitkan kepada hazard kimia. Bahan kimia merupakan sumber utama hazard ini dan mudah dijumpai bukan sahaja di tempat kerja malah di sekeliling kita. Pelarut cat seperti thinner, minyak pelincir seperti WD-40, gasoline, bahan pencuci merupakan contoh bahan berbentuk cecair. Gas argon, LPG dan gas metana merupakan hazard kimia berbentuk gas. Hazard kimia juga boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kesannya kepada manusia dan alam sekitar.

Contoh bahan kimia
Hazard Ergonomik

Hazard ergonomik seringkali berkait dengan pendedahan tubuh manusia kepada persekitaran kerjanya. Ketidaksesuaian manusia dalam melakukan sesuatu kerja disebabkan keadaan tempat kerja yang direka bentuk tidak berdasarkan tubuh badan seseorang. Keadaan ini memberi kesan kepada tubuh badan menyebabkan seseorang itu boleh mendapat masalah musculoskeletal jika terdedah kepada keadaan tersebut secara berpanjangan. 


Faktor risiko ergonomik boleh dipecahkan kepada postur badan yang awkward, pergerakan berulang, postur badan statik atau berkekalan, vibration, contract stess dan forceful and sustained exertion. Sebagai contoh, pekerja yang bekerja menaip secara berulang atau pekerja yang mengangkat barang yang terlalu berat secara berulang. Contoh masalah musculoskeletal yang boleh berlaku adalah carpel tunnel syndrome, sakit tulang belakang dan lain-lain.

Keadaan tulang belakang disebabkan kerja pejabat
 
Hazard fizikal

Hazard fizikal adalah antara penyebab kecederaan yang sering berlaku di industri. Hazard ini merupakan apa-apa keadaan atau sumber yang boleh menyebabkan bahaya secara fizikal. Contoh hazard fizikal ialah bunyi bising yang keterlaluan, bekerja di ruang terkurung (confined space), ergonomic hazard, radiasi, haba dan lain-lain. Hazard ini juga boleh memberi bahaya yang besar kepada pekerja, sebagai contoh apabila pekerja bekerja di tempat yang bising boleh mengurangkan kebolehan mendengar dan akhirnya boleh menyebabkan pekak disebabkan pekerjaan.

Keadaan bunyi bising di tempat kerja
Hazard psikososial

Secara mudahnya, jazad psikososial boleh didefinisikan sebagai aspek atau keadaan pengurusan kerja, konteks organisasi dan sosial di tempat kerja yang berpotensi menyebabkan bahaya kepada psikologi atau fizikal. Hazard psikologi boleh memberi kesan kepada kesejahteraan psikososial pekerja termasuk keupayaan mereka untuk berinteraksi dengan orang lain di tempat kerja. Contoh hazard psikologi adalah seperti tempat kerja yang toksik, gangguan seksual di tempat kerja, buli di tempat kerja, kerja shif dan lain-lain. Keadaan-keadaan ini boleh memberi kesan kepada kesejahteraan psikologi seseorang.

Situasi di tempat kerja yang membawa kepada hazard psikososial
Hazard keselamatan

Hazard keselamatan merupakan keadaan atau situasi yang boleh menyebabkan seseorang terlibat dalam kemalangan dan boleh menyebabkan kecederaan. Hazard ini boleh terhasil disebabkan keadaan tempat kerja atau faktor mesin yang berada di tempat kerja. Keadaan tersadung dan jatuh, mesin rosak, lantai licin, mesin guard tidak di pasang dengan betul merupakan contoh hazard keselamatan. Hazard ini mudah dijumpai di tempat kerja dan seringkali di laporkan sebagai “near miss”.

Wayar menghalang laluan (hazard tersadung)

Mengetahui punca-punca hazard sangat penting agar kita dapat mengambil langkah-langkah yang proaktif bagit mengurangkan risiko bahaya dan mengelakkan daripada kemalangan berlaku di tempat kerja. Pengetahuan ini sangat penting supaya negara dapat melahirkan pekerja yang cakna dengan keadaan sekeliling seterusnya mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat.

SUMBER RUJUKAN

  1. https://www.dosh.gov.my/index.php/legislation/guidelines/hirarc-2/1846-01-guidelines-for-hazard-identification-risk-assessment-and-risk-control-hirarc-2008/file
  2. https://www.sciencedirect.com/topics/engineering/biological-hazard
  3. https://safetyculture.com/topics/chemical-hazards/
  4. https://www.dosh.gov.my/index.php/legislation/guidelines/ergonomic/2621-01-guidelines-on-ergonomics-risk-assessment-at-workplace-2017/file
  5. https://safetylineloneworker.com/blog/workplace-hazards-series-ergonomics
  6. https://hsewatch.com/physical-hazard/
  7. https://iosh.com/health-and-safety-professionals/improve-your-knowledge/occupational-health-toolkit/psychosocial-hazards-including-stress/
  8. https://www.dosh.gov.my/index.php/presentation-slides/bengkel-sesi-sebaran-kajian-compliances-support-perusahaan-kecil-dan-sederhana-di-sektor-kemudahan/modul-4-hirarc/1476-slide-part-01-12/file
  9. https://www.cdc.gov/niosh/z-draft-under-review-do-not-cite/safetyculturehc/module-2/8.html
  10. https://www.mahoninghealth.org/biological-hazards-and-weapons/
  11. https://blog.storemasta.com.au/3-chemical-health-hazards-found-workplaces 
  12. https://www.hseblog.com/hierarchy-of-controls-for-noise-at-workplace/
  13. https://www.awarenessco.com.au/why-are-we-seeing-more-psychosocial-hazards-at-work
  14. https://www.istockphoto.com/photos/tripping-hazard 
  15. https://healthandsafetyhandbook.com.au/bulletin/10-proactive-health-and-safety-hazard-identification-methods/
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts