Fakta – fakta sejarah yang rosakkan tanggapan masa kita

Masa berlalu begitu cepat, kadang – kadang kita tak sedar sesuatu itu begitu jauh selang masanya daripada sangkaan kita.

Bila disebut tahun 90 – an, kita masih miliki persepsi ia cumalah belasan tahun lepas, tapi sebenarnya selang masanya adalah 30 tahun yang lalu. Wah lamanya. Tua dah anak – anak 90 an sebenarnya.

Dan apabila kita dipertontonkan dengan beberapa figura dan fakta sejarah, kadang – kadang kita miliki persepsi masa yang salah. Kita ingat satu hal sejarah itu tak lah lama sangat, tapi sebenarnya ia lebih lama daripada sangkaan kita, begitulah sebaliknya.

Jadi berikut adalah beberapa fakta – fakta sejarah yang merosakkan tanggapan masa kita.

1.      Dari masa Pluto ditemui sampai waktu ia hilang gelaran planet dia, dia tak sempat pun habiskan satu lingkaran keliling matahari.

Kesian Pluto, planet kecil yang jauh terpinggir itu ditemui dan dinamakan sebagai planet yang rasmi adalah pada tahun 1930. Tapi tak lama kemudian, manusia menarik balik gelaran planetnya kepada planet kerdil ja, pada tahun 2006, 76 tahun setelah itu. Belum sempat pun dia habiskan satu lingkaran keliling matahari, sebab dia perlukan 248 tahun. Belum sempat dia sambut birthday sebagai planet dia dah jatuhkan dia.

2.      Ada paus yang hidup lagi lama dari Istana Seri Menanti

Istana Seri Menanti ni adalah satu istana lama tanah Melayu yang merupakan warisan sejarah penting negara. Istana ni dibuat lama dah seratus tahun lepas pada tahun 1902 di Negeri Sembilan dan jadi tempat tinggal rasmi Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Bangunan ni kita anggap lama dah, dan lebih kurang pembina – pembina asal yang membina istana ni mungkin semua dah tak ada dah. Tapi boleh jadi ada paus yang dah hidup waktu Istana tu baru dibina dan masih hidup sampai sekarang sebab panjang hidup paus Bowhead adalah hampir 200 tahun.

3.      Cleopatra hidup lagi dekat dengan Iphone berbanding piramid pertama

Cleopatra adalah antara pemimpin perempuan yang paling terkenal dalam sejarah. Dia memerintah Mesir pada abad pertama SM dan jugak dianggap sebagai antara pemerintah wanita tercantik dalam sejarah, sehingga berjaya menawan hati Marc Antony, general Rome.

Sebab Cleopatra ni hidup di Mesir, jadi orang memang biasa kaitkan dia dengan sejarah piramid, tapi sebenarnya cleopatra hidup lagi dekat dengan penciptaan Iphone berbanding dengan penciptaan piramid pertama.

Piramid Giza siap tahun 2560 SM, 2500 tahun sebelum Cleopatra. Iphone diperkenalkan  2007, 2037 tahun selepas Cleopatra. Hah?

4.      Bila Piramid Giza dibina, gajah mamot masih lagi hidup

Eh jap, bukan gajah mamot yang dah pupus ni ni tinggal sekali dengan dinosaur ke? Habis cerita Ice Age 3 tu apa?

Rupa – rupanya gajah mamot tinggal sekali berkongsi planet dengan manusia satu ketika dulu. Populasi terakhir gajah mamot adalah di Pulau Wrangel, Rusia dan tak pupus sampailah tahun 2000 SM. Pembinaan Piramid Giza berlaku cuma 100 tahun sebelum tu.

5.      Al Azhar dah wujud beratus tahun sebelum empayar Aztec

Kat mana pernah dengar empayar Aztec ni ek? Oh empayar yang buat ritual korbankan orang atas altar tu ek? Yang buat pyramid ni? Yang ada pawang sihir pelik – pelik tu? Mesti diorang dah wujud beribu – ribu tahun kan?

Sebenarnya empayar Aztec ni wujud lamaa selepas Universiti al Azhar. Universiti al Azhar dibina tahun 970 M sedangkan empayar Aztec ni diasaskan di Mexico tahun 1428 M sampailah dijajah oleh kuasa Sepanyol pada tahun 1521. Oh pahlawan2 mereka hebat – hebat, tapi semua kalah sebab penyakit cacar air dah menjangkiti empayar tu.

6.      Hukum Bunuh Gilotin terakhir adalah waktu filem Star Wars mula ditayangkan.

Hukuman gilotin adalah hukuman bunuh yang menggunakan kerangka kayu tinggi untuk menjatuhkan pisau, lantas memenggal kepala tahanan. Kita biasa tengok ni dalam cerita – cerita empayar Inggeris klasik zaman pertengahan, dan ia sangat popular penggunaannya sewaktu revolusi Perancis 1792.

Hukuman mati gilotin ini kemudian diharamkan ye lah, sebab tak sesuai la kot untuk zaman moden ni. Bayangkan orang letak gilotin ni tengah – tengah Aeon, sambil beli belah sambil tengok benda lain masuk dalam bakul. Tapi ia tak diharamkan lamaa ratusan tahun dulu, sebaliknya hukuman ini ditamatkan pada tahun 1977, 3 bulan lepas Star Wars pertama ditayangkan.

7.      Nintendo diasaskan pada waktu sama dengan Hitler lahir

Ini mungkin paling meletupkan otak.

Nintendo adalah syarikat gaming Jepun yang popular dengan watak Mario, tukang paip Itali yang cakap bahasa Inggeris dan nampak macam orang Mexico. Wow multicultural betul.

Kita ingat dia wujud paling awal pun tahun 1960 tapi sebenarnya dia dah ada sejak tahun 1889 tahun kelahiran Hitler. Dan dia terselamat zaman World War 1 dan WW2. Sebenarnya, bom atom US patut dilepaskan di Kyoto, tempat operasi Nintendo. Tapi kemudian ditukar kepada Nagasaki. Maksudnya kalau bom atom tu tak jadi ditukar destinasinya, kita mungkin tak ada Nintendo sekarang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts