Apa persamaan matematik yang anda rasa paling cantik?

Matematik ni, bukan semata – mata nombor yang sejuk dan tak bernyawa, yang jadi mimpi ngeri pelajar, yang sengaja dibuat susah tapi akhirnya tak guna pun..

Matematik juga sebenarnya ada penceritaan semacam sastera, ada rahsia yang mengujakan, dan ada sesetengah yang terpesona dengan kecantikan matematik.
Walaupun pelik, ada orang yang anggap matematik ni … cantik.

Persamaan – persamaan Matematik Paling Cantik
Ahli matematik mencari – cari formula dan persamaan yang elegan, bermakna dan puitis.
Dalam banyak – banyak persamaan matematik, ada beberapa persamaan yang dianggap paling cantik antara semua
Kita ada contohnya teorem phytagoras
persamaan kalkulus
dan persamaan teori kerelatifan Einstein
Semua ini persamaan yang dianggap cantik
Tapi persamaan yang paling cantik sekali dalam matematik adalah yang dipanggil Identiti Euler.
Pemenang – Identiti Euler
Persamaan ini diundi sebagai yang paling cantik pada tahun 1988. Ahli matematik menganggap persamaan ini sebagai piawai emas kecantikan matematik. Ia dibandingkan seperti puisi Shakespeare yang mencengkam kewujudan.
Sebab apa persamaan Identiti Euler ini dianggap begitu cantik? Sebab ia… sempurna.

Ia berjaya gabungkan 5 malar penting dunia matematik dalam satu persamaan. Dalam Identiti Euler ini, ada:
- Nombor 1 – bapa ataupun asas kepada segala nombor
- Nombor 0 – nombor misteri yang melambangkan tak ada apa – apa
- ? (pi) – Nombor penting geometri yang mendefinisikan bulatan. ? = 3.14159265359…
- e – nombor tentang dinamik perubahan. e = 2.71828182845904523536028.
- i – mungkin malar yang paling mengagumkan dalam identiti ini. Ia adalah nombor khayalan yang ‘tak wujud’. i = ?(?1)
Identiti ini juga memuatkan tiga operasi matematik paling asas, penambahan, pendaraban dan kuasa.
Semua nombor – nombor pelik ini, yang macam tiada kena mengena antara satu sama lain boleh duduk sekali dalam satu persamaan yang cantik dan elegan.
Macam mana boleh macam tu?
Identiti Euler ini juga bukanlah terlalu abstrak hingga tidak berguna. Ia digunakan secara meluas dalam kejuruteraan, terutama sekali kejuruteraan elektronik.
Euler – Bukti Kewujudan Tuhan?
Dan bukan itu saja, kesempurnaan dalam kepelikan identiti Euler ini juga pergi lagi jauh.
Ia digunakan sebagai bukti kewujudan Tuhan.
Sebab Leonhard Euler ni sendiri merupakan seorang yang kuat beragama dan beliau pernah menangi debat melawan ateis menggunakan matematik.
Menurutnya, kita boleh melihat petanda Tuhan dalam corak nombor matematik.