Apa Jadi Bila Robot AI Cuba Beri Motivasi? Hasilnya Kelakar dan Mengerikan

Kita semua pernah nampak poster – poster motivasi ditampal di banyak bangunan sekolah dan pejabat – pejabat kerajaan. Biasanya poster – poster tersebut berbentuk kata – kata ‘mendalam’ dan dibelakangnya gambar – gambar yang cantik.

Iyalah, kata – kata seperti ‘Jangan putus asa, waktu paling gelap adalah sebelum terbit matahari’ dengan gambar matahari terbit dibelakang.

Poster – poster tersebut dikatakan mampu memberi inspirasi kepada orang. Namun masalahnya adalah kadang – kadang kita perlukan motivasi ‘on the go‘, kita perlukan motivasi segera yang dapat dicipta dalam masa sesaat.

Maka dari situ muncullah satu laman web bernama InspiroBot . Ia menggunakan kepandaian AI (Kecerdasan Buatan – Artificial Intelligence) untuk menghasilkan poster motivasi dengan hanya satu klik.

Wah. Laman web pun lain macam.

Laman web tersebut menjelaskan dirinya sebagai: “Saya InspiroBot. Saya adalah Kecerdasan Buatan yang didedikasikan untuk menghasilkan kata – kata inspirasi unik tanpa batas untuk pengayaan kehidupan manusia yang tak bermakna”

Cara laman web tersebut berfungsi adalah, pengguna tekan butang ‘generate’ ia ambil gambar – gambar lawa secara rawak, kemudian ia sumbat masuk perkataan – perkataan tertentu, dan kadang – kadang … ia keluarkan … emas.

“Adakah anda perlukan setiap hari untuk hidup?”

Uhhh apa maksud tu?

“Pembuli dan presiden, bergabunglah menentang musuh bersama anda, penyembuh kebotakan!”

… Tapi kenapa?

Teruslah panik.

… OK….

“Lupakan orang yang bekerja dalam industri perkhidmatan”

Kesian … mereka?

Tapi kadang – kadang ada juga poster yang benar – benar ‘menginspirasi’.

“Jika anda memikirkan dunia untuk kali kedua, anda memenangi dunia tersebut”
“Tanpa konfrontasi, tiada harga diri”

Tapi setelah mencuba beberapa kali, kesimpulan ini boleh dibuat.

Robot sememangnya tak patut jadi sumber motivasi.

Tapi entahlah, memandangkan sebahagian besar kerja industri telah pun diambil alih oleh robot dan hanya beberapa sektor pekerjaan saja yang mungkin selamat pada masa akan datang, boleh jadi kita akan ada pakar motivasi dari kalangan AI membuat kursus – kursus motivasi.

Apa kata anda cuba? Post hasil di bahagian komen!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts