Panduan Formasi Bola Sepak Tulisan Jawi Tahun 1895 Ini Cukup Mengagumkan

Sekarang ini, begitu sukar untuk kita melihat tulisan jawi digunakan. Di majalah – majalah, akhbar bercetak tidak kelihatan, di media arus perdana apatah lagi.

Itulah sebab gambar panduan formasi bola sepak tulisan jawi yang dikongsikan Perdana Menteri Singapura ini begitu mengagumkan dan menggamit nostalgia tradisi yang semakin ditinggalkan.

https://www.facebook.com/leehsienloong/photos/ms.c.eJwzMjYytrA0NTE3MTa2tDA00jOCCphBBIwBcr0GwQ~-~-.bps.a.2323895411006485/2323895474339812/?type=3&theater

Panduan bola sepak tahun 1895 itu bertajuk ‘Peta Padang Bermain Futbol dan Peraturan Mengatur Pemain’.

Halaman tersebut menjelaskan formasi 2-3-5, tetapi ia menggunakan transliterasi bunyi Inggeris kepada bahasa Melayu, yang kemudian diterjemah kepada bahasa Melayu.

Sebagai contoh ‘??? ??? ????’ adalah transliterasi daripada perkataan ‘outside right’ yang bermaksud depan kanan. Centre (depan tengah) pula dieja ‘?????’.

Malah sebenarnya terma moden Melayu seperti ‘bek kanan’ dan ‘bek kiri’ juga menggunakan transliterasi perkataan ‘back’.

Panduan bola sepak bertulisan jawi tersebut dipamerkan oleh National Library Board Singapura di ruangan bahan – bahan bersejarah yang jarang ditemui. Pameran tersebut bertujuan mendedahkan sejarah – sejarah Singapura kepada umum.

Tulisan jawi dahulunya merupakan tulisan ilmu, budaya dan peradaban, yang mempunyai kuasa dan digunakan untuk berhubung dengan raja – raja.

Tulisan ini bagaimanapun merosot penggunaannya bertitik tolak daripada penjajahan kuasa Barat.

Pada tahun 1956, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayumembuat keputusan:

“…sudah sepatutnya tulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan jawi sehingga masa menentukannya..”

Sehinggalah tahun 1963, Akta Bahasa Kebangsaan mengisytiharkan tulisan rasmi bahasa Melayu ialah tulisan rumi.

Tulisan jawi hanyalah boleh digunakan untuk pendidikan Islam. Bermakna, tulisan jawi tidak boleh lagi digunakan untuk nama jalan, pembangunan bandar dan lain – lain. Pengaruhnya semakin lama semakin pudar.

Baca lagi: Fakta Tulisan Jawi yang Kita Kena Tahu

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts