Mengapa ‘kerawakan’ (randomness) dianggap satu kesimpulan saintifik yang boleh diterima sedangkan ‘kebijaksanaan’ tidak? Semakin dikaji alam ini, semakin jelas elemen reka bentuk dalam alam semesta.
Pada tahun 1966, ahli fizik hanya memiliki dua kriteria untuk membolehkan sesebuah planet menampung kehidupan: bintang bapa (parental star) yang sesuai, dan jarak planet yang bertepatan dari bintang tersebut. Itu tidaklah banyak. Hal ini memberi inspirasi kepada saintis untuk mencari alien. Mereka berharap dapat menerima signal radio untuk mencari kebijaksanaan angkasa lepas, tapi mereka tidak menemui apa – apa.
Sejak 1966, parameter untuk membolehkan kehidupan berkembang bertambah daripada 2 kepada 10 kepada 50 dan sekarang kita ada lebih daripada 200 syarat – syarat spesifik (dan masih bertambah). Kesannya, kebarangkalian untuk kewujudan kehidupan di angkasa lepas semakin berkurang dan berkurang dan berkurang.
Ini adalah beberapa syarat – syarat yang diperlukan:
- Galaksi berbentuk spiral. Hanya 6% daripada galaksi yang kita ketahui berbentuk demikian.
- Planet – planet di sekelilingnya harus memainkan peranan tersendiri juga. Mereka perlu melindungi Bumi daripada asteroid, tapi tidak boleh menghalang matahari. Contohnya, planet Musytari melindungi Bumi daripada asteroid, seperti yang berlaku pada tahun 1994, namun ia tidak boleh terlalu besar sehingga mengganggu orbit planet kita.
- Orbit – orbit perlu hampir kepada bentuk bulat berbanding bujur. Jika tidak, planet tersebut akan terlalu hampir dengan matahari. Sistem solar kita adalah satu – satunya yang diketahui memiliki orbit bulat yang membenarkan musim yang seimbang untuk kehidupan kita semua.
- Ia mesti memiliki lapisan ozon untuk menyerap sinaran UV matahari.
- Nisbah laut dengan benua mestilah seimbang.
- Bulan dengan saiz dan jarak yang sesuai. Jisim bulan adalah 1.2% daripada bumi dan ini menyebabkan fenomena pasang surut.
- Lapisan bumi mestilah memiliki ketebalan yang sesuai. Jika terlalu tebal, ia akan menyerap terlalu banyak oksigen dan menghalang pengitaran. Jika terlalu nipis, maka ia terdedah kepada aktiviti tektonik dan gunung berapi yang dahsyat.
Kesemua ini adalah faktor yang diperlukan untuk kelangsungan kehidupan. Banyak daripada faktor ini bergantung antara satu sama lain, maka kebergantungan itu juga harus dipertimbangkan. Kebarangkalian sesebuah planet memiliki hanya 32 daripada faktor – faktor ini adalah satu dalam Tredecilion, atau 1 diikuti dengan 42 angka kosong (1 dalam 1,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000 )
Jika ia hanya terjadi secara rawak, maka seseorang perlu membaling syiling dan memperoleh ‘kepala’ satu octiliion kali secara berturut – turut.
Bila agaknya komuniti saintifik akan mengakui bahawa kebijaksanaan lah kesimpulan saintifik yang harus diterima? Memberi komen terhadap kompleksiti alam semesta, Dr John Lennox, Professor Matematik Universiti Oxford mengatakan:
Semakin kita mengenali alam semesta kita, semakin jelas bahawa hipotesis ia dicipta oleh Pencipta adalah penjelasan terbaik kenapa kita berada di sini