Adakah Ini Jurnal Akademik Paling Kelakar? (Amaran – Bahasa 18 Tahun ke Atas)

Apabila kita membuka jurnal – jurnal akademik, kebiasaannya kita menjangkakan bahasa – bahasa teknikal yang tinggi yang bakal dipersembahkan oleh penulis. Penyampaiannya pula kering, dan dah pasti, hampir mustahil ditemui apa – apa bahan jenaka dalam jurnal.

Tapi ternyata terdapat satu jurnal akademik yang sah, yang apabila dibaca tajuknya saja akan membuat kita tersedak kopi yang diteguk.

Amaran: Bahasa jurnal tersebut tak sesuai untuk kanak – kanak.

Betul ni, tak sesuai.

Ok, ini artikel tersebut.

“Kalau buat macam ni dekat Universiti aku dulu apa jadi?”
james van der beek drinking GIF
Kan dah kata.

Tulisan tersebut bukan dibuat oleh geng – geng Wechat atau Tumblr. Sebaliknya ia ditulis oleh Profesor Simon Springer dari Universiti Newcastle. Ia diterbitkan dalam ACME – International Journal for Critical Geographies. dan mendapat hampir 50 citations.

Ceritanya, Profesor Simon Springer merupakan pakar dalam topik tersebut, yang telah mengkaji dan menerbitkan tulisan – tulisan akademik tentangnya selama 15 tahun.

Neoliberalisme, menurutnya dalam tulisan di theconversation, menggalakkan orang untuk melakukan apa saja yang mereka mahu, tanpa mengira kesan kepada perpecahan masyarakat, ketidaksamarataan, dan keganasan yang diakibatkan oleh ideologi tersebut. Semua di atas nama ‘kebebasan bersuara’.

Beliau kemudian tidak tahan lagi menulis tentangnya dan mahu ideologi ini dibuang sejauh – jauhnya. Tapi tulisan – tulisan akademik yang dibuat selama ini tidak membantu.

Asalnya artikel yang ingin dihasilkan bertajuk “Lupakan saja Neoliberalisme (Forget Neoliberalism), tapi beliau mengatakan “Saya ambil keputusan untuk melanggar batas dan membuat orang marah kerana kita sebenarnya yang perlu marah dengan neoliberalisme. Kita yang sepatutnya melanggarnya”

Kenapa kalian terguris saya mencarut sedangkan apa yang kalian patut risaukan adalah racun buruk neoliberalisme itu sendiri?

Simon Springer

Beliau juga mengatakan bahawa perkataan yang dipilih ‘Fu**’ adalah perkataan yang paling sesuai digunakan terhadap ideologi tersebut. Tambah menggelikan hati, beliau kemudian menghuraikan hampir satu perenggan berkenaan ‘keajaiban’ perkataan ‘fu**’ tersebut, dalam jurnal berkaitan geografi.

Tidak cukup dengan itu, beliau kemudian menerbitkan pula satu buku parodi akademik bertajuk “Fu** Neoliberalism and then Some!” dengan menjemput seorang rakan pengkaji memberikan artikel sokongan:

Epik betul.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts