Macam Mana Ahli Silap Mata Jalanan Boleh Terapung?

Jika anda pernah melancong ke merata tempat, pasti anda pernah terserempak dengan ‘ahli silap mata jalanan’ yang kelihatan seperti terapung. Kadang kala ia dilakukan bersendirian, dengan tukang silap mata terapung sekadar memegang ‘tongkat kayu’, atau kadang kala ia dibuat berpasangan.

Related image
Salah satu pasangan silap mata yang ‘terapung’

Dalam versi perseorangan, ahli mistik tersebut akan kelihatan seperti terapung di atas karpet atau kebun kecil dalam posisi duduk, sambil memegang tongkat. Bagi orang yang lalu lalang, dia seperti memiliki ketahanan mental dan chakra untuk terapung selama berjam – jam.

levitating street performer
Sami ini seperti terapung di atas kebun.

Dah pasti untuk menguatkan ilusi ini, ahli silap mata jalanan tersebut akan berpakaian seperti sami atau yogi dan mengatakan mereka menguasai kuasa apungan setelah bertapa di puncak gunung di Tibet.

Namun sebenarnya ada penjelasan mudah untuk membongkar ilusi ini. Mereka hakikatnya cumalah memperdaya orang awam yang lalu lalang dengan prinsip fizik yang ringkas.

Ringkasnya, ilusi orang terapung ini dibuat dengan mengguna pakai tiang dan plat besi yang direka secara khusus dan diposisikan secara strategik. Walaupun kelihatan seperti mereka melanggar hukum fizik, hakikatnya struktur tersebut sungguh stabil dan terdiri daripada hanya tiga bahagian:

  1. Kerusi duduk,
  2. Tiang,
  3. Plat.
Oh … macam tu je rupanya. sumber gambar

Dan rupa – rupanya ada sebab kenapa mereka berpakaian seperti sami, kerana pakaian yang labuh memudahkan mereka menyorokkan tiang dan kerusi besi tersebut. Plat besi di bawah pula disorok menggunakan karpet atau kebun tadi.

Untuk versi dua orang pula, strukturnya sedikit berbeza, tapi prinsipnya sama.

Video pendek ini menerangkan bagaimana ia berfungsi, kalau anda masih ragu – ragu.

Animated GIF

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts