Ini Paradoks Paling Best. Paradoks Kejutan!

Versi video

Siapa yang suka paradoks? Paradoks ini buat kita pening, dan pening ni bagus!

Image result for cat disgusted
Err … tak?

Dalam banyak – banyak paradoks, ada paradoks yang paling best. Nama dia paradoks kejutan.

Paradoks Kejutan

Paradoks ini mudah diterangkan dengan satu cerita.

Dalam satu kelas, cikgu beritahu minggu depan, akan ada ujian mengejut. Hari ujian tersebut rahsia, tapi cikgu beritahu pelajar – pelajar;

Korang tak akan dapat teka hari ujian tu, dan jangan risau, korang pasti akan terkejut!

Jadi pelajar – pelajar itu pun bincangkan bila agaknya hari ujian itu akan diadakan. Iyalah, baru mereka dapat rancang bila hari terakhir nak pulun hafal buku teks. Macam tak pernah buat pulak.

Mereka kemudian bentangkan dua syarat yang diumumkan oleh cikgu:

  • Ujian boleh berlaku pada bila – bila saja antara hari Isnin hingga Jumaat minggu depan.
  • Kita semua mesti akan terkejut bila tiba hari ujian tersebut dibuat

Kemudian menggunakan penaakulan logik, mereka mengatakan mustahil ujian tersebut akan dibuat pada hari Jumaat. Sebab, kalau hari Khamis minggu depan tak ada ujian, memang pastilah kita tahu ujian akan dibuat pada hari terakhir, hari Jumaat. Tak ada hari lain.

Jadi kalau hari Khamis tak ada ujian, dan kita tahu ujian 100% akan berlaku hari Jumaat, maka kita taklah terkejut.

Jadi mereka pun yakin 100% ujian kejutan tak boleh dibuat pada hari Jumaat. Mereka buang hari Jumaat daripada senarai hari ujian.

Kalau hari Khamis tak ada ujian, dan kita tahu ujian 100% akan berlaku hari Jumaat, maka kita taklah terkejut.

“Eh sekejap. Kalau macam tu, hari Khamis pun mustahillah berlaku ujian. Sebab kalau hari Rabu tu tak ada ujian, kita tahu bahawa ujian boleh berlaku pada hari Khamis atau Jumaat” seorang pelajar membuat teori.

“Hari Jumaat kita dah tahu mustahil ada ujian, maka kita tahulah ujian akan berlaku Khamis, jadi sekali lagi. Kita tak terkejut”

“Kalau macam tu, sama jugalah dengan hari Rabu. Sebab kalau hari Selasa tak ada ujian, kita tahu ujian mesti berlaku hari Rabu, sebab kita dah pangkah hari Jumaat dengan Khamis. Hari Selasa dengan Isnin pun samalah!”

“Kesimpulannya, hari apa pun cikgu tu buat ujian, kita tak akan terkejut. Jadi, mustahillah boleh berlaku ujian mengejut, kan?” Pelajar tersebut membuat kesimpulan.

Maka setelah meyakini bahawa mustahil cikgu tersebut boleh membuat ujian yang mengejutkan mereka, mereka pun bersantai – santai pada hujung minggu.

Sampailah ujian berlaku pada hari Rabu, dan mereka semua terkejut!

Maka pengumuman cikgu bahawa mereka akan terkejut tu betullah, tapi dekat mana logik pemikiran pelajar – pelajar tu salah?

Paradoks yang Macam Tak Ada Penyelesaian

Dalam sejarah, banyak paradoks yang dihasilkan. Namun banyak juga yang berjaya diselesaikan, dan ada yang dibuktikan bahawa ia bukan paradoks, sebaliknya hanya kekeliruan.

Paradoks yang betul – betul mantap adalah paradoks yang seakan – akan tiada penyelesaian, yang masih menimbulkan kepeningan walau setelah puluhan tahun ia dikemukakan.

Ternyata paradoks kejutan ini termasuk dalam senarai paradoks yang mantap, kerana sampai sekarang, ia masih belum diselesaikan secara rasmi.

Paradoks yang nampak macam tidak berfaedah ini kemudian mencipta lagi kejutan (hehe) apabila ia sebenarnya boleh digunakan untuk mengembangkan game theory dan Godel’s Incompleteness Theorem.

Jadi apa penyelesaian kepada paradoks ini? Ada dua aliran yang mengatakan mereka berjaya selesaikan:

  • Aliran logik
  • Aliran epistemologi

Aliran Logik

Aliran logik, iaitu senang kata ahli matematik, mengatakan masalah paradoks ini adalah kerana ia bersifat ‘self – referential’. Atau dengan kata lain, pernyataan guru tersebut sebenarnya berputar merujuk kepada diri sendiri.

Apabila kita menterjemah pernyataan guru tersebut kepada bahasa lebih teknikal, ternyata ia self refential.

Hal ini tidak diterima dalam matematik.

Aliran Epistemologi

Aliran epistemologi pula mengatakan bahawa masalah paradoks ini puncanya sebab pelajar tersebut cuba meneka masa depan.

Manusia tidak akan tahu, dengan penuh yakin, apa yang akan berlaku pada masa depan.

Bila pelajar menganggap pengetahuan mereka yang terbatas sebagai benar, maka itulah punca mereka terkejut.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts