Kenapa Gambar Lubang Hitam Meletup Tular Lain Macam?

Tak selalu ada cerita – cerita sains yang tular, tapi bila ada, meletupnya ‘lain macam’.

Cuma biasanya, cerita – cerita sains yang tular adalah disebabkan oleh faktor lain, dengan sains hanya sebagai pendamping yang mengiringi ombak tular tersebut.

Contohnya macam fenomena warna baju emas atau biru, begitu juga dengan fenomena terlebih tular Yanny atau Laurel.

Image result for blue gold dress
Warna baju ini pernah menghasilkan perang dunia wargamaya suatu ketika dulu

Fenomena – fenomena ini meletup naik disebabkan ia dianggap meletupkan minda oleh ramai orang wargamaya, dan menjadi titik pergaduhan jutaan orang, sebelum akhirnya datanglah artikel – artikel dan penjelasan saintifik untuk menjelaskan fenomena – fenomena tersebut.

University of California masuk campur menjelaskan isu Yanny Laurel dari sudut sains.

Begitu juga, sebelum ini satu lagi cerita sains yang tular adalah mengenai ‘kematian‘ Rover Marikh bernama Opportunity.

Image result for opportunity rover death
Rover Opportunity NASA di Marikh

Hal yang membuat ramai orang begitu bersimpati terhadap cerita Rover ini adalah ayat terakhirnya yang begitu menyayat hati : ” Bateri saya hampir habis, segalanya menjadi gelap”.

Tularnya cerita ini adalah kerana elemen drama terhadap Rover yang sering dipamerkan sebagai robot yang keseorangan menjalankan misi di Marikh, sebelum akhirnya mati dalam keadaan menyedihkan.

Image result for opportunity rover death comic
Siapa potong bawang ni..

Namun baru – baru ini, terdapat fenomena baru yang meletup tular, tetapi sangat berbeza situasinya dengan kedua – dua kes di atas, iaitu mengenai gambar pertama lohong hitam dalam sejarah.

Image result for black hole picture
“Oh, gambar ni lagi”

Dalam masa beberapa jam selepas berita tersebut terbit, laman media sosial wargamaya dibanjiri dengan gambar lohong hitam tersebut, dan ia dikongsi oleh semua orang walaupun mereka yang tiada latar belakang pendidikan sains, malah mendapat capaian hampir setiap orang di pelosok dunia.

Satu bukti yang menunjukkan betapa popular cerita ini adalah beberapa jam kemudian timbullah meme – meme yang menjenakakan pula penemuan tersebut.

Carian ‘black hole meme’. Cepat betul depa buat kerja.

Peliknya, berita tersebut bukanlah berbentuk ‘clickbait’, ‘mindblowing’, atau drama, sebaliknya ia adalah satu hard science. Cerita tentang gambar penemuan lubang hitam. Kenapa begitu tular?

Mungkin faktor – faktor di bawah boleh menjelaskan mengapa penemuan ini begitu tular lain macam.

Sebab Angkasa

Pada tahun 1972, kita peroleh gambar penuh bumi kita buat kali pertama yang dinamakan The Blue Marble. Gambar tersebut begitu mengagumkan, sebab pertama kali umat manusia menyedari keindahan sebenar planet berbentuk guli yang bernama bumi.

This image was taken by the crew of the final Apollo mission as they made their way to the moon.
Sumber: NASA

Kemudian, pada tahun 1990, kita dipersembahkan dengan sebuah gambar yang benar – benar merendahkan diri kita. Gambar The Pale Blue Dot yang diambil 3.7 bilion kilometer daripada planet bumi mendedahkan bahawa kita begitu kecil dibandingkan dengan skala angkasa yang tidak terbayang besarnya.

Carl Sagan's cosmic "family portrait" of our solar system, including the Pale Blue Dot
Sumber: NASA

Angkasa lepas hakikatnya merupakan alam yang sentiasa menjadi persoalan manusia setiap kali menjenguk ke atas langit, maka setiap perkara baru yang ditemui nun jauh di sana, yang sebelum ini belum pernah diketahui, akan menjadi topik perbincangan yang hebat.

Sebab Lubang Hitam

Lubang hitam adalah antara hal yang paling misteri dalam alam semesta. Tak banyak yang diketahui tentangnya, tetapi ia begitu popular dan digeruni.

“Dalam bahasa mudah, lohong hitam asalnya ialah sebuah bintang. Ketika hayatnya bintang ini sungguh besar dan masif, dan apabila ia sampai ke penghujung hayatnya, apabila ia meletup bahagian terasnya akan dimampatkan dengan begitu dahsyat sehinggakan gravitinya begitu kuat hinggakan menarik kembali cahaya yang dikeluarkan dirinya”

Falakonline

Konsepnya juga begitu aneh dan seolah tak masuk akal. Di tengah – tengah lubang hitam adalah suatu titik yang bernama singularity, di mana apa – apa yang masuk ke dalamnya akan mengecil menjadi titik kecil bersaiz infiniti kecil , dan memiliki ketumpatan infiniti. Pada titik ini, hukum fizik sudah tidak terpakai.

Screenshot 2019-04-12 at 8.44.39 AM
Anatomi sebuah lohong hitam! Sumber.

Maka apa – apa saja berita tentang struktur paling misteri di alam semesta ini sudah tentu akan menjadi cerita yang sensasi.

Sebab Ia Membuktikan Teori Einstein

Pada tahun 1916, Albert Einstein menjadi orang pertama yang meramalkan kewujudan lubang hitam dalam Teori Kerelatifan Umum.

Dalam tempoh tersebut terdapat begitu banyak data yang menyokong teori kewujudan lubang hitam. Namun terdapat juga pelbagai teori lain yang mencabarnya termasuklah mengatakan lubang hitam tidak wujud.

Namun akhirnya, setelah lebih 100 tahun, ia akhirnya berjaya dibuktikan secara visual. Hal ini menunjukkan sebuah teori saintifik mampu meramalkan fenomena yang tidak ditemui selama ratusan tahun akan datang, malah melibatkan entiti berbilion tahun cahaya jauhnya.

Untuk lebih penjelasan mengenai topik ini:

https://www.facebook.com/inisainsbeb/posts/824660937893163?__tn__=H-R

Sebab Rupanya Kita ‘Ditipu’?

Apabila mendengar berita bahawa ‘gambar lubang hitam diambil buat pertama kali dalam sejarah’, mungkin ada orang yang bertanya:

“Eh, habis gambar lubang hitam banyak – banyak kita pernah nampak dekat internet selama ni tipu ke?”

Image result for black hole
“Kenapa gambar sebenar tak cool macam ni?”

Sebenarnya tidaklah ditipu, tapi gambar – gambar tersebut selama ini merupakan gambaran grafik, ilustrasi atau simulasi berdasarkan data – data dan teori mengenai lubang hitam, yang kadang kala ditambah perencah imaginasi.

Namun apabila dibandingkan gambar sebenar dengan gambaran simulasi, rupa – rupanya memang tidak jauh beza. Maksudnya memang agak mengagumkan.

Cheezburger Image 9293022720
Kasihan …

Sebab Pernah Tular Pencapaian Saintis Kita Dalam Kajian Lubang Hitam

Bagi rakyat Malaysia, penemuan terbaru astronomi ini sebenarnya agak dekat dengan hati kita semua, kerana sebelum ini juga pernah tular berita mengenai pencapaian saintis kita dalam kajian lubang hitam.

Pada tahun 2017, Dr Adlyka Ainul Annuar, merupakan antara sekumpulan ahli astronomi dunia yang berjaya membuktikan kewujudan lohong hitam (black hole) supermasif yang tersembunyi di lingkaran kosmik semesta.

Berita ini tular dan menjadi kebanggaan rakyat kita. Jadi, berita – berita tentang lubang hitam sudah pun menjadi satu elemen yang boleh diterima oleh orang kita.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts