PERMATApintar ditukar menjadi GENIUS@Pintar.

Program PERMATA pintar pada hari ini diumumkan telah ditukar dengan nama barunya GENIUS.

Hal ini diumumkan dalam laman Facebook rasmi PusatGENIUSpintar Negara , yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat PERMATApintar Negara.

https://www.facebook.com/pusatpermatapintarnegara/posts/2288608584558516

PEMAKLUMAN BERHUBUNG PENGGUNAAN NAMA BAHARU PROGRAM GENIUS.

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian kepada perkara di atas.

2. Seperti mana sedia maklum Jemaah Menteri pada 5 April 2019 telah bersetuju supaya nama PERMATA ditukarkan kepada GENIUS selaras dengan pembaharuan strutur tadbir urus Program tesebut. Manakala YB Menteri Pendidikan Malaysia pada 25 Mei 2019 telah bersetuju dengan penggunaan nama baharu termasuk 6 program yang berada dibawah Program GENIUS.

3. Sehubungan itu, bermula 31 Mei 2019. Pusat ini yang dahulu dikenali sebagai PUSAT PERMATApintar Negara akan ditukarkan nama kepada PUSAT GENIUS@Pintar Negara.

Sekian, dimaklumkan.


Penukaran nama tersebut dijelaskan bertujuan memberikan satu jenama baru supaya menjadi lebih berdaya saing dan bersemangat.

“Penukaran nama tersebut diputuskan oleh Kabinet untuk memberikan satu jenama baharu, ‘rebranding’ agar ia lebih berdaya saing, bersemangat, tetapi ada beberapa program di bawah Permata yang diberikan kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan ada program disekalikan”

Dr Maszlee Malik

Program PERMATApintar sebelum ini mempunyai visi untuk memupuk individu pintar dan berbakat dengan minda ingin tahu bagi memastikan mereka dapat menyumbang kepada pembentukan modal insan yang bakal menjadi pemimpin dunia, pemikir, dan pencipta masa hadapan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts