Ini Sebab Mengapa ‘Kaduk Naik Junjung’ Bermaksud Orang Hina Merasa Mulia

Kaduk Naik Junjung adalah peribahasa yang kita biasa dengar dan gunakan. Menurut kamus dewan, maksud bagi peribahasa tersebut adalah:

Orang hina merasa dirinya mulia

Dalam penggunaan harian biasa (orang awam). peribahasa berkenaan juga boleh dikaitkan dengan orang yang beroleh ehsan (simpati orang lain) kemudian berlebih-lebihan mengambil kesempatan. Contohnya, orang yang datang bertandang tiba-tiba cuba berlagak lebih daripada tuan rumah.

Namun mengapa elemen kaduk menaiki junjung tersebut membawa maksud demikian? Apa penilaian hati budi orang Melayu yang mendatangkan peribahasa tersebut?

Menurut pengkaji Tn Hamdi Hanapi, peribahasa ini dapat difahami menerusi sifat kedua – dua tumbuhan tersebut.

Sirih tumbuh menjalar (memanjat) biasanya akan melilit junjung yang di buat dari pancang buluh atau kayu. Manakala kaduk pula tumbuhnya melata, bukan memanjat ke atas.

Akan tetapi, sekiranya kaduk yang tumbuh di bawah itu memanjat dan menyaingi tempat sirih, ia melampaui sifat asalnya.

Maka sebab itulah orang Melayu memerhati sifat kaduk ini lalu mengungkap “Kaduk naik junjung”.

Ertinya, orang hina mengaku mulia. Atau kerap kali dipakai bagi menggambarkan perbuatan mengada-ngada dan melampau apabila mendapat kedudukan lebih tinggi.

Sirih itu sifatnya tertib dan teratur, sehingga diungkap – “Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung.” Ertinya, tiap-tiap pekerjaan hendaklah di buat mengikut aturan. Ia juga melambangkan kerendahan hati dan bertatasusila.

Maka itulah sirih seringkali dijadikan kepala istiadat orang-orang Melayu – menyatakan hajat, mewakili hasrat dan menggambarkan budi pekerti dua pihak.

tepak sirih

Dan sirih itu rasanya pedas. Ertinya, bukanlah boleh diperkotak-katik atau dihina-hina, meskipun sifatnya lembut-halus.

Jika melampau-lampau kaduk menginjak sirih – dan sirih pula sudah tawar tiada pedas – janganlah lupa pada junjungnya yang bila-bila boleh patah.

Kredit: Tn Hamdi Hanapi, fokus.my

Total
255
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts