Adakah Ini Tajuk Kertas Akademik Paling Kelakar?

Jurnal – jurnal akademik mungkin adalah tempat terakhir untuk kita cuba mencari bahan hiburan.

Tapi siapa sangka, saintis – saintis dan golongan akademik juga rupanya miliki humor tersendiri yang sentiasa dicari jalan untuk diselitkan dalam kertas kajian mereka.

Contohnya, kumpulan penyelidik biologi mikro di bawah ternyata menyelitkan nama filem di dalam tajuk kajian mereka tentang yis:

Nama tersebut adalah permainan kata daripada filem popular ‘fantastic beasts and where to find them’, tapi ditukar kepada ‘fantastic yeasts and where to find them’.

Boleh tahan juga kreatif.

Sungguhpun tajuk tersebut dibuat kelakar, tapi sebenarnya isi artikel itu tidaklah ringan dan menceriakan.

Kerana .. artikel itu sebenarnya adalah mengenai penyakit patogen kulit yang menyerang manusia di seluruh dunia…

(Boleh tahan gelap juga hati kalau nak buat lawak pasal isu ni..)

Selain artikel tersebut, sebenarnya banyak lagi tajuk – tajuk artikel yang diselitkan unsur humor oleh ahli akademik. Berikut beberapa daripadanya:

Life in the Fas lane: differential outcomes of Fas signaling

Life in the fast lane adalah nama lagu sealbum dengan Hotel California.

Fas pula adalah sejenis protein yang menyebabkan keradangan.

With a MOOC MOOC here and a MOOC MOOC there, here a MOOC, there a MOOC, everywhere a MOOC MOOC

Jika perasan, tajuk tersebut memang diambil daripada lagu kanak – kanak ‘Old MacDonald had a farm’.

MOOC pula adalah singkatan kepada ‘Massive Open Online Courses’…

Boleh ya buat tajuk masuk air macam ni?

On the aromaticity of phospholes and arsoles

Tak dipastikan sama ada memang penulis artikel ini sengaja membuat tajuk dua makna atau tidak.

Tapi arsole, sejenis sebatian kimia memang sangat mirip dengan sebutan ‘arsehole – (lubang punggung)..

Dan ia dikaitkan dengan aroma …

Ke kita semua yang tak matang?

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts