Biasanya kita diperkenalkan dengan tamadun Barat menerusi cerita – cerita dongeng Disney.
Bandarnya cantik bak mimpi, puterinya menawan bak bulan purnama, putera rajanya kacak bak … erm, kacak.
Tapi sebenarnya berdasarkan catatan sejarah, tamadun Barat dan Eropah sebenarnya adalah satu tandas terbuka yang busuk dan berbau. Ini 5 situasi tamadun Barat ratusan tahun lepas.
Jalan raya abad ke 19 dipenuhi bangkai kuda, najis dan sampah sarap

Kita biasa bayangkan tamadun Viktoria sebagai tamadun kelas tinggi yang punyai 5223 etika makan atas meja, tapi bandar – bandar besar tahun 1800 -an sebenarnya dipenuhi bangkai binatang dan bertan – tan najis.
Pada tahun 1880, Bandar New York terpaksa mengheret 40 kuda mati daripada jalan raya setiap hari. Kuda itu mungkin mati sebab terlebih muatan atau apa sajalah, maka pemiliknya kemudian membiarkan saja mereka di tempat mereka tumbang.
Kan kuda berat kan? Jadi macam mana mereka buang bangkai tersebut? Mudah saja, mereka biarkan bangkai tersebut mereput di bawah cahaya matahari, kemudian baru mereka alihkan anggota badan yang bercerai berai.
Jika kuda tidak cukup menjijikkan, jangan risau, bagaimana dengan khinzir?
Hampir 20000 khinzir berkeliaran bebas di bandar New York. Mereka tidak pernah diberi makan, dijaga atau ditangkap.

Sudah pasti, apabila bandar dipenuhi haiwan, bandaraya tersebut akan dipenuhi dengan najis. Bahan tinja tersebut menjadi seolah – olah karpet di atas jalan raya, seraya mengeluarkan aroma indah. Dan disebabkan najis anjing, kuda dan khinzir bercampur – campur, ia seolah menghasilkan suatu koktel yang meriah.
Bayangkan apa jadi apabila hujan. Eiiiii…
Dulu orang baling najis mereka ke luar tingkap

Sebelum sistem perpaipan rumah diguna pakai secara meluas, orang dulu – dulu jadikan amalan membuang najis ke luar tingkap sebagai perkara biasa.
Di Edinburgh, terdapat suatu frasa terkenal yang dipanggil ‘gardyloo‘. Asal usul perkataan ini buat kita kembang tekak.
Dulu, tandas cumalah merupakan baldi yang diisi dengan … benda tu. Jadi apabila ia penuh, biasanya anak kecil atau wanita yang membuangnya.
Orang di tingkat bawah mudahlah untuk mereka membuang saja isi kandungan ke tanah. Tapi bagi mereka di tingkat ke 10, 11 dan 12, mereka cuma membuka tingkap dan melontar saja isi baldi ke bawah.
Kan kita biasa nampak imej wanita Barat memegang payung bukan? Itu bukanlah semata – mata kerana wanita – wanita tersebut mahu melindungi diri mereka daripada cahaya matahari atau hujan, mereka sebenarnya mahu menahan diri mereka daripada dihujani curahan najis.

Maka satu akta pun dibuat untuk membendung amalan menjijikkan itu. Najis hanya boleh dibuang antara pukul 10 pm hingga 7 am, dan pembuang najis mestilah menjeritkan ” Gardez l’eau ” yang bermaksud ‘jaga – jaga air!’. Ungkapan itu kemudian berubah menjadi ‘Gardyloo’.
Rambut palsu mereka kotor dan dipakai untuk menutup penyakit

Dalam filem kita selalu lihat golongan – golongan elit barat yang memakai rambut palsu panjang semacam sarang burung. Tapi dalam dunia sebenar, pemakai rambut palsu ini sebenarnya golongan paling kotor, yang dipenuhi kutu dan menghidapi penyakit kelamin.
Pada tahun 1580, penyakit kelamin menjadi epidemik paling teruk yang melanda Eropah sejak Wabak Hitam. Kota London dipenuhi oleh gerombolan besar pesakit sifilis.
Tanpa antibiotik, pesakit menghidapi penyakit seperti kudis, ruam teruk, kebutaan, dementia dan kehilangan rambut. Eropah mula dipenuhi orang – orang botak.
Botak ini merupakan sesuatu yang sangat memalukan. Maka lantaran wabak sifilis tersebut, meningkatlah permintaan terhadap rambut palsu.
Rambut palsu dipakai untuk menyorok kepala botak di samping kudis berdarah pada muka mereka.
Maka bayangkan situasi sekumpulan besar orang berpenyakit sifilis dan kudis memakai rambut palsu tebal, pada waktu musim panas (yang tiada pendingin hawa), di mana semua orang berpeluh sakan sehingga menghasilkan aroma indah, ditambah dengan bedak toksik yang mereka kenakan. Sudah pasti menghasilkan satu memori menawan sejarah Eropah.
Mandi Empat Kali Setahun

Pada zaman pertengahan, sekitar 700 masihi, dunia Barat miliki tempat mandi awam mereka sendiri. Malah tempat mandi tersebut menjadi pusat sosial dan hiburan.
Masalahnya, tempat mandi tersebut bukanlah tempat untuk mandi. Orang Barat jadikan ia tempat untuk berparti dengan meletakkan makanan di atas batang kayu, di atas air. Dan disebabkan mereka bercampur bermandi – manda antara lelaki dengan perempuan, dan mereka … er … tidak berpakaian, maka anda boleh jangka apa yang berlaku.
Tempat mandi awam mereka juga menjadi tempat pelacuran.
Maka apabila Wabak Hitam melanda Eropah, mereka mengubah cara mereka memandang tempat mandi. Mereka mula menyangka mandi itu sebenarnya buruk untuk kesihatan kerana ia membuka rongga badan anda kepada penyakit.
Jadi menggunakan ilmu logik, orang Eropah berhenti daripada mandi. Itulah sebab raja – raja England dilaporkan oleh duta negara lain sebagai ‘berbau lebih teruk daripada binatang liar’. Raja Louis XIV dikatakan hanya mandi 2 kali dalam hidupnya. Rahib – rahib hanya mandi 4 kali setahun.
Tambah mengeruhkan keadaan, autoriti agama pula melarang mandi kerana ia ‘cumalah keseronokan dunia’ dan kerana amalan mandi beramai – ramai menyebabkan perzinaan.
Kesihatan pergigian adalah satu mimpi ngeri

Berabad – abad lamanya, amalan pergigian bukanlah satu kerjaya. Misi mencabut gigi diserahkan kepada tukang gunting rambut atau tukang kayu atau tukang besi. Bayangkan mencabut gigi menggunakan alatan membuat pedang ….
Proses membersihkan gigi pula kedengaran seperti cerita ahli sihir. Ubat gigi diperbuat daripada campuran jantung cicak, kepala arnab dan tikus. Air kencing merupakan bahan membersih dan memutihkan gigi yang biasa. Bulu babi digunakan untuk menggosok gigi.
Dan kan kita telah ceritakan tentang amalan kebersihan orang Barat yang enggan mandi di atas? Bayangkan seorang ‘doktor gigi’ pada zaman tersebut memasukkan tangan mereka ke dalam mulut anda…
Eugh.