Bendera Malaysia yang juga dikenali sebagai Jalur Gemilang telah direka oleh Mohamed Hamzah merupakan lambing kedaulatan Negara Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya menghormati Jalur Gemilang dan mengenalinya.
Tapi tahukah anda cara-cara untuk melukis Jalur Gemilang dengan tepat dan betul menggunakan set geometri?
Jom, sediakan Kertas, alat tulis seperti pensil, pembaris dan set geometri.
Kita lukis bersama-sama Jalur Gemilang dengan mengikut panduan seperti dibawah. Video juga disediakan dibawah untuk memahami cara pembinaan bendera ini dengan lebih jelas.
Langkah 1: Persediaan
Langkah ini adalah persediaan untuk melukis Bendera Malaysia dan ukuran-ukuran ini diperlukan semasa proses pembinaan Jalur Gemilang
a. Bina garisan yang ditetapkan sebagai 1 unit

b. Bina garisan berukuran 2 ½ unit
- Bina garisan berukuran 3 unit
- 1 unit terakhir dibahagikan kepada dua bahagian menggunakan pembahagi 2 sama serenjang
- ½ unit terakhir dibahagikan kepada dua bahagian menggunakan pembahagi 2 sama serenjang

c. Bina garisan 2 2/3 unit
- Bina garisan AB = 8 unit
- Bina garisan AC yang condong ke arah AB
- Garisan AC ini tandakan 3 bahagian yang sama besar menggunakan jangka lukis
- Sambung titik C dengan titik B dengan satu garisan BC
- Gunakan set tegak tetapkan pada garisan BC
- Gunakan set tegak dan rapatkan pada set tegak dan luncurkan supaya bersilang dengan titik D
- Persilangan set tegak dengan garisan AB di tanda sebagai titik E
- AE = 2 2/3 unit

Langkah 2: Melukis Bahagian 14 Jalur
- Bina satu segiempat tepat ABCD, dimana AB = CD = 28 unit, dan AD = BC = 14 unit

- Tandakan titik E di atas garis AD dimana ED = 6 unit
- Tandakan titik F di atas garis BC dimana FC = 6 unit
- Sambung titik E dengan titik F dengan satu garisan, menjadi garis EF

- Tandakan titik G yang merupakan titik tengah bagi garisan EF dimana EG = GF=14 unit
- Tandakan titik H yang merupakan titik tengah bagi garisan AB dimana AH = HB = 14 unit
- Sambung titik G dan titik H dengan satu garisan GH

- Jangka lukis ditetapkan jejarinya 1 unit, kemudian tandakan garisan DE dan CF kepada 6 bahagian berukuran 1 unit setiap bahagian.

- Sambung titik-titik disebelah kiri atas garisan DE dengan titik-titik disebelah kanan atas garisan CF dengan garisan melintang untuk hasilkan 6 jalur melintang penuh pada bahagian bawah.

- Sambung titik-titik atas garisan GH dengan titik-titik atas garisan BF dengan garisan melintang untuk hasilkan 8 jalur melintang pada bahagian atas kanan.

Langkah 3: Persediaan Melukis Bulan Sabit dan Bintang
- Tandakan titik I yang merupakan titik tengah bagi garisan AE
- Tandakan titik J yang merupakan titik tengah bagi garisan GH
- Sambung titik I dengan titik J dengan satu garisan IJ

- Tandakan titik K di atas garisan AH dimana AK = 2 ¾ unit (ambil dari Langkah 1)
- Tandakan titik L di atas garisan EG dimana EL = 2 ¾ unit (ambil dari Langkah 1)
- Sambung titik K dan L dengan garisan KL

- Tandakan titik M di atas garisan AH dimana KM = 3 unit
- Tandakan titik N di atas garisan EG dimana LN = 3 unit
- Sambung titik M dan N dengan garisan MN

- Tandakan titik O di atas garisan AH dimana MO = 3 unit
- Tandakan titik P di atas garisan EG dimana NP = 3 unit
- Sambung titik O dan P dengan garisan OP

- Tandakan titik Q di atas garisan AH dimana QH = 2 ¾ unit (ambil dari Langkah 1)
- Tandakan titik R di atas garisan EG dimana RG = 2 ¾ unit (ambil dari Langkah 1)
- Sambung titik Q dan R dengan garisan QR
- Secara automatik OQ = PR = 2 ½ unit

Titik persilangan S, T, U dan V ditanda
- S = persilangan IJ dengan KL
- T = persilangan IJ dengan MN
- U = persilangan IJ dengan OP
- V = persilangan IJ dengan QR

Langkah 4: Melukis Bulan Sabit
- Jangka lukis berjejari 1 unit digunakan untuk tandakan titik W atas garisan ST dimana SW = 1 unit

- Tandakan titik X atas garisan SU dimana WX = 2 2/3 unit (ambil dari Langkah 1)

- Bina satu bulatan berjejari 3 unit dan berpusat di titik T

- Bina satu bulatan berjejari 2 2/3 unit dan berpusat di titik X
- Pertindihan 2 bulatan menghasilkan bentuk bulan sabit

- Padam kawasan yang tidak diperlukan

Langkah 5: Melukis Bintang 14 Bucu
Bintang 14 bucu yang akan dihasilkan ini hanyalah anggaran sahaja, bukan 100% tepat. Jadi bintang yang terhasil mungkin akan kelihatan sedikit tidak seragam. Teknik yang digunakan disini adalah yang paling ringkas dan mudah untuk dihasilkan.
- Bina satu Bulatan berjejari 1 unit dan berpusat di titik U

- Bina satu bulatan berjejari 2 ½ unit berpusat di titik U
- Tandakan titik Y atas garisan PU yang merupakan persilang antara PU dengan lilitan bulatan berjejari 2 ½ unit

- Kekalkan jejari jangka lukis pada 2 ½ unit, berpusatkan titik Y, tandakan pintasan dengan lilitan bulatan berjejari 2 ½ unit tadi sebagai Y1 dan Y2
- Sambung titik Y1 dan Y2 dengan satu garisan Y1Y2
- Titik tengah Y1Y2 ditanda dengan titik Y3


- Jangka lukis dilaraskan jejarinya mengikut panjang garisan Y1Y3

- Dengan mengguna jejari yang dilaraskan tadi, tandakan pada lilitan bulatan, bermula dari atas

- Kita akan dapat 7 titik ditanda sebagai a1, a2, a3, a4, a5, a6 dan a7 seperti berikut
- Padam Y1, Y2 dan Y3 serta garisan Y1Y2

- Sambungkan titik a1,a2,a3 ,a4,a5,a6 dana7 dengan titik U dan perpanjangkan garisan sehingga menyentuh lilitan bulatan
- Pintasan garisan-garisan ini dengan lilitan bulatan akan membentuk 14 titik mewakili 14 bucu bintang yang akan dihasilkan

- Bina garisan pembahagi 2 sama serenjang bagi setiap pasangan titik (1 hingga 14) yang bersebelahan

- Sambungkan titik 1 hingga 14 dengan titik (persilangan lilitan bulatan antara garis serejang dari Langkah 5.m)) pada bulatan berjejari 1 unit seperi berikut untuk menghasilkan bintang 14 bucu.

Kemaskan, maka siaplah Jalur Gemilang anda untuk diwarnakan

Selamat Mencuba