Lihat Gambar – gambar Mengagumkan Dari Pertandingan Fotografi Sains Terbaik 2019 Ini

Gambar – gambar terpilih daripada pertandingan The Science Photographer of the Year ini akan dipamerkan di Muzium London di UK pada 7 Oktober.

Pemilihan dibuat oleh panel – panel pakar setelah meneliti lebih daripada 100 gambar yang dihantar sepanjang tempoh pertandingan.

Apa yang dicari adalah imej – imej yang menawan, yang mempamerkan bagaimana sains dilakukan, mempersembahkan bagaimana fotografi membantu sains, dan bagaimana sains mengesani kehidupan harian kita.

Struktur Buih sabun yang menunjukkan corak dan interferens cahaya

Photograph: Kym Cox/2019 science photographer of the year/RPS

Buih mengoptimumkan ruangan dan meminimumkan luas permukaan mereka pada suatu isipadu udara. Fenomena ini menjadikan buih sebagai satu alat yang berguna dalam pelbagai bidang kajian, terutama dalam sains bahan. Dinding buih menebal akibat graviti – tebal di bahagian bawah, nipis di atas. Ini menjadi suatu interferens terhadap gelombang cahaya yang merentasinya lantas menghasilkan gelungan cahaya.

Memetakan Oksigen

Photograph: Yasmin Crawford/2019 science photographer of the year/RPS

Projek Akhir Major MA Fotografi di Universiti Falmouth. Mapping 1 memfokuskan penemuan kajian Myalgic Encephalomyelitis.

Ketenangan Tiada Batasan

Photograph: Yevhen Samuchenko/2019 science photographer of the year/RPS

Foto ini diambil di Tasik Gosaikunda Himalaya, Nepal pada aras 4400 m. Galaksi Bimasakti mengandungi sistem solar. Tiang cahaya yang dilihat di langit dihasilkan daripada gugusan bintang – bintang yang tidak dapat dibezakan oleh mata kasar.

Corona Keselamatan

Photograph: Richard Germain/2019 science photographer of the year/RPS

Satu pin yang disambungkan dengan penjana arus ulang alik ketegangan tinggi. Pin tersebut mengionisasikan udara sekelilingnya. Apabila elektron ‘jatuh’ pada atom, tenaga yang berlebihan akan dipancarkan sebagai foton, lantas menghasilkan corona cahaya di sekeliling pin.

Kumbang Tepung

Photograph: David Spears/2019 science photographer of the year/RPS

Kumbang yang kecil ini ditemui di dalam produk tepung.

NGC7000 Nebula Amerika Utara

Nebula Amerika Utara, NGC7000 adalah emission nebula kumpulan bintang Cygnus, berhampiran dengan Deneb. Bentuk nebula yang mengagumkan ini menyerupai benua Amerika Utara siap beserta Teluk Mexico. Dinding Cygnus, suatu terma bagi ‘bahagian Mexico dan Amerika Tengah’ pada Nebula Amerika Utara mempamerkan formasi bintang yang paling bertumpu di nebula tersebut.

Kumbang Rusa

Photograph: Viktor Sykora/2019 science photographer of the year/RPS

Jurukamera menggunakan mikroskopi cahaya dengan lima kali ganda pembesaran.

Obor – obor Terbalik

Photograph: Mary Anne Chilton/2019 science photographer of the year/RPS

Spesis ini tidak berenang, sebaliknya ‘berdenyut’ ke atas dan ke bawah di dalam air. Diet mereka adalah plankton laut. Sesetengah spesis obor – obor didokumentasikan memakan plastik – plastik di laut.

Total
23
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts