Pelajar Singapura Tidak Lagi Akan Dinilai Berdasarkan Keputusan Peperiksaan. Ini Sebabnya.

Singapura sudah lama memegang tampuk pendidikan tahap tinggi yang menggalakkan cara pengajaran ulangan yang berjangka masa panjang, semata – mata untuk membolot kejayaan peperiksaan. Namun itu mungkin akan berubah melihatkan anjakan pembaharuan terhadap pendidikan yang dirangka oleh negara tersebut.

Image result for singapore students

Perbincangan, kerja sekolah dan kuiz akan menggantikan markah dan gred sebagai metod untuk mengumpulkan maklumat perkembangan murid – murid sekolah rendah. Bermula tahun 2019, peperiksaan untuk murid darjah 1 dan 2 akan dimansuhkan.

Murid sekolah rendah dan menengah yang lebih berusia juga akan belajar dalam suasana yang lebih kurang kompetitif. Markah untuk setiap subjek akan dibundarkan kepada nombor bulat yang terdekat – tanpa perpuluhan – untuk mengurangkan fokus kepada kejayaan akademik.

“Pelajaran bukan pertandingan” ujar Ong Ye Kung, Menteri Pendidikan Singapura. Kementerian Pendidikan sedang merancang beberapa siri perubahan yang mensasarkan pengurangan perbandingan antara prestasi pelajar dan menggalakkan individu untuk memfokuskan perkembangan pelajaran kendiri.

Sehingga kini, buku laporan murid sekolah rendah dan menengah tidak lagi akan menentukan sama ada murid tersebut berada di posisi tertinggi atau terendah dalam kelas. Manakala metrik purata subjek dan kumpulan, markah keseluruhan, markah minimum dan maksimum pula tidak lagi akan digunakan. Laporan sekolah tidak lagi akan menggariskan gred – gred gagal atau merekodkan lulus atau gagal periksa pada akhir tahun.

Pendekatan pendidikan Singapura yang baru ini sangat kontra dengan negara – negara jiran yang menghimpun Program OECD untuk Penilaian Pelajar Antarabangsa (OECD Programme for International Student Assessment – PISA).

Singapore set the standard for exam success by achieving a mean score of 1,655 in the three core subjects tested by PISAâ??s 2-hour exam in 2016.
Imej – Statista

Setiap tiga tahun, OECD menilai sistem pendidikan seluruh dunia dengan menguji sains perbandingan, pembacaan dan kemahiran matematik pelajar 15 tahun.

Singapura mencatat piawai kejayaan peperiksaan dengan mencapai markah purata 1655 dalam 3 subjek teras yang diuji oleh PISA dalam ujian berdurasi 2 jam pada tahun 2016.

Kemahiran Insaniah untuk Perubahan Ekonomi

Penganjakan fokus keluar daripada peperiksaan kepada pembentukan individu – individu kamil menggambarkan perubahan arah yang serius untuk Singapura. Di samping pencapaian akademik, polisi – polisi baru mensasarkan untuk membina kemahiran sosial dalam kalangan murid – murid untuk meningkat keyakinan kendiri dan kemahiran membuat keputusan.

Akhlak dan amalan dalam kelas diselarikan dengan keperluan budaya kerja tempatan untuk menyahut kehendak pulau tersebut menyediakan murid – murid untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan yang berkembang.

Kementerian Pendidikan sudah menyediakan pasukan bimbingan kerjaya untuk merubah persepsi sedia ada dan menggalakkan aspirasi pelajar keluar daripada semata – mata kerjaya perbankan, perkhidmatan sivil dan perubatan.

Bagaimapun, merubah pandangan pelajar lebih mudah daripada mengubah sudut pandang ibu bapa mereka, yang membesar dalam keadaan tertekan akibat peperiksaan.

Sumber: weforum.org

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts