Cuba anda tengok GIF ini:

Macam boleh dengar bunyi bukan? Lebih spesifik, dengar macam muzik ‘We will we will rock you’.
Hairannya, video di atas ternyata merupakan GIF (Graphics Interchange Format), iaitu hanyalah gambar berulang – ulang yang tidak mempunyai sebarang bunyi. Format gambar ini digunakan secara meluas di internet, tapi beberapa GIF tular apabila ramai yang menyatakan mereka dapat ‘mendengarnya’.

Fenomena ini dipanggil ‘visually evoked auditory response’ (vEAR) menurut artikel NewScientist, iaitu apabila kita mendengar bunyi – bunyian pada gambar bergerak yang senyap.
vEAR adalah sejenis synaesthesia, iaitu apabila satu deria diaktifkan, deria lain yang tiada kaitan pun turut beraktivasi sama. Apabila melihat warna, terasa perasa di lidah, dan apabila melihat dengan mata, telinga turut mendengar sama.
Berikut adalah kompilasi – kompilasi GIF senyap yang kita macam boleh dengar!
Boom! Ahhhh!

Twang Twang Twang

Boom Boom Boom

Ketuk Ketuk Ketuk

Ktanggggggg

Zoom Zoom Zoom!

Bwekkk

Aaaahhhhhhhhhhhh!

Bzzzzttt

Boingg Boingg
