Kenapa Ahli Matematik Terbaik Dunia Guna Kapur Tulis?

Ketika dunia pendidikan seluruh dunia sedang berkembang maju dengan munculnya aplikasi – aplikasi canggih seperti papan putih pintar, permainan dalam kelas interaktif, alat bantu mengajar futuristik, satu perkara masih tidak berubah dari dulu sampai sekarang.

Ahli – ahli matematik terbaik di Universiti seluruh dunia masih menggunakan kapur tulis untuk mengajar.

Kapur tulis, ciptaan ‘kuno’ zaman dahulu yang memerlukan seorang penulis untuk mengotorkan tangannya, menahan bunyi ‘skreet, skreet’ setiap kali kapur digesel pada permukaan papan hitam, dan menanggung bersin berkali – kali apabila habuk kapur masuk ke hidung tu, mungkin semakin ramai yang tidak mengenalinya.

Kita sangkakan teknologi usang ini akan hilang dengan cepat sebaik saja papan hitam diganti dengan papan putih, dan pen marker mula menjadi popular di sekolah – sekolah.

Tetapi nampaknya, entah mengapa, golongan cendekiawan tahap tertinggi di dunia akademik masih enggan berganjak daripada relik alat bantu mengajar tua tersebut.

Kapur Lagenda Dambaan Ahli Matematik

Persoalan ini diteroka oleh video hasilan saluran Great Big Story dengan tajuk ‘Mengapa Ahli Matematik Terbaik Dunia Mengumpul Kapur Tulis’.

Rupanya, terdapat satu lagenda tentang suatu kapur tulis impian:

“Kapur itu begitu berkuasa sehingga ia mampu membuatkan matematik menyelesaikan dirinya sendiri. Kapur yang sangat hebat sehinggakan tiada pembuktian matematik salah boleh ditulis apabila seseorang memegangnya. Setelah pencarian yang begitu lama, akhirnya kapur tersebut ditemui”

Satyan Devadoss – Professor Matematik

Namun, bukan kapur biasa – biasa yang begitu didambakan oleh ahli – ahli matematik ini. Mereka tidak mahukan kapur lain, kecuali kapur istimewa yang datang dari Jepun, bernama Hagoromo.

Hagoromo dianggap sebagai Rolls Royce kapur tulis.

Mereka kata kapur ini tidak boleh patah. Mereka kata kapur ini saja yang tidak berhabuk. Mereka kata kapur ini berkilau apabila ditulis di papan hitam.

Mula – mula ramai yang tidak percaya terhadap kehebatan kapur ini. Mereka adalah pembenci kapur (ya lah, kotor, berbunyi, senang patah, susah baca) Namun apabila mereka mencuba Hagoromo, mereka bertukar arah.

Kapur lagenda tersebut begitu licin apabila ditulis, ia keras, ia tahan lama, ia mudah dipadam. Kapur tersebut mampu bertahan pada pada hitam selama empat sesi kuliah.

“Matematik adalah seperti kerja seni. Anda memerlukan kemahiran seni tahap tinggi untuk memberikan kuliah yang indah pada papan hitam. Ahli matematik menghormati perkara ini, maka mereka menghendaki alatan yang terbaik untuknya”

David Eisenbud – Pengarah Mathematical Sciences Research Institute

Tamatnya Riwayat Hagoromo

Walaubagaimanapun, kapur lagenda buatan Jepun tersebut tidak bertahan selamanya.

Setelah beroperasi selama 82 tahun, syarikat pembuatan alat tulis tersebut akhirnya menutup bisnesnya.

Terdapat banyak sebab, jatuhnya permintaan terhadap kapur, peralihan daripada papan hitam kepada papan putih, dan keadaan kesihatan presiden Hagoromo yang terakhir yang semakin teruk.

Mendengar berita tentang penutupan syarikat kapur yang mereka cintai, ramai ahli matematik yang kemudian membeli borong kapur Hagoromo tersebut.

“Saya membeli berkotak – kotak Hagoromo. Saya siap membuat kira – kira untuk pastikan bekalan kapur saya boleh bertahan 15 tahun”

Ada syarikat Korea yang kemudian membeli formula pembuatan kapur tersebut, namun ramai yang mengatakan ia tak terasa sama dengan kapur yang asal.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts