Ahli Arkeologi Terkesima Temui ‘Iphone’ Pada Mayat Berusia 2000 Tahun

Ahli arkeologi menemui objek yang mirip dengan telefon pintar moden Iphone pada rangka wanita yang berusia lebih 2000 tahun.

Objek itu ditemui di makam perkuburan misteri yang dipanggil ‘The Russian Atlantis’ di Republik Tuva, Rusia, lapor siberiantimes.

Makam wanita yang nampaknya gemar berfesyen itu – dipanggil Natasha (sebagai gurauan) bersama aksesori Iphonenya, ditemui setelah kawasan tersebut kering pada musim panas.

Namun sebelum mana – mana teori konspirasi mengenai pengembaraan masa muncul, haruslah dijelaskan bahawa objek itu bukanlah Iphone.

Objek yang berukuran 18 cm x 9 cm itu sebenarnya adalah kepala tali pinggang yang bersaiz besar, dan syiling yang menghiasinya dipercayai telah dicetak sekitar 2137 tahun yang lalu.

Bagaimana saintis dapat menentukan tarikh tali pinggang tersebut? Kerana syiling yang menghiasi kepala tali pinggang tersebut adalah syiling China wuzhu, yang dihasilkan paling awal pada 2137 tahun lepas.

“Kawasan ini adalah satu sensasi saintifik” kata Dr Marina Kilunovskaya yang mengetuai ekspedisi arkeologi tersebut

“Kami bernasib baik dapat menemui tempat pengebumian nomad yang kaya raya ini, yang tidak dikacau oleh mana – mana perompak kuburan”.

https://www.youtube.com/watch?v=8Q30Vrxqjfk

Bagaimanapun, jika diperhatikan dengan lebih teliti, kepala tali pinggang tersebut sebenarnya nampak lebih mirip Samsung berbanding Iphone.

https://twitter.com/siberian_times/status/1170611882513723393

Mungkin jika dikorek kubur yang lebih tua, mungkin kita boleh temui Nokia Ngage pula.

Image result for nokia ngage
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts