Sebuah hantaran tular di media sosial kerana ia begitu unik dan menggelikan hati.
Si suami membenarkan isterinya untuk menggunakan kad ATM nya, malah boleh dipakai seberapa banyak yang dia mahu.
Tapi syaratnya, untuk mendapatkan pin ATM kad tersebut, si isteri perlu menyelesaikan masalah kalkulus.

Si isteri yang pantang diusik (dan pantang melepas duit) kemudian ternyata berjaya menyelesaikan soalan pengamiran tentu tersebut. Nombor pinnya didapati adalah 585376.

Hal ini memelikkan suami kerana isterinya bukanlah pandai matematik, bagaimana dapat diselesaikan?
Rupa – rupanya si isteri miliki strategi geliga …. Iaitu kebetulan salah seorang rakannya merupakan seorang pensyarah matematik. Maka dicampakkanlah soalan tersebut untuk diselesaikannya olehnya, mungkin dengan habuan belanja makan.

Kemudian sebagai isteri yang baik, dia juga turut memaklumkan jumlah baki yang tinggal kepada suaminya, tapi juga dalam bentuk soalan kalkulus.
Ternyata inilah baki yang tinggal …

Tapi bagi isteri – isteri lain yang tiada kawan pensyarah matematik bagaimana?
Mudah saja, gunakan Wolfram Alpha. Di mana ada duit, di situ ada jalan.
