Kajian Terbaru Dapati Tengkorak Manusia Patuhi Nisbah Emas – Formula Kecantikan Alam Paling Takjub.

Nisbah keemasan (Golden ratio) dianggap sebagai nisbah kecantikan alam yang dapat ditemui dalam pelbagai hasil seni agung sepanjang sejarah, dan kajian demi kajian menemui nisbah tersebut dalam begitu banyak elemen alam.

Ia dikatakan ditemui pada struktur Parthenon, cangkerang laut, Piramid, biji bunga matahari dan lukisan manusia Da Vinci.

Antara beberapa contoh penemuan nisbah emas pada monumen dan kesenian terkenal dunia.

Terbaru, kajian mendapati bahawa nisbah keemasan ini wujud pada tengkorak manusia, dan tidak pada tengkorak haiwan lain.

Nisbah Emas

Sebelum itu, apa itu nisbah emas?

Nisbah Emas (the Golden Ratio) adalah suatu nilai yang diperoleh apabila satu garisan panjang yang mempunyai dua bahagian, a dan b di mana a adalah lebih panjang berbanding b; dan sekiranya a/b adalah sama dengan (a+b)/a. Nilai tersebut adalah 1.61803…

Nisbah emas ini diwakili oleh simbol phi ? atau ? .

Menariknya, nisbah emas ini miliki hubungan istimewa dengan urutan fibonacci:

0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, …

Nombor – nombor ini diperoleh dengan menambah 2 nombor sebelumnya

Didapati, semakin besar nisbah antara dua nombor bersebelahan dalam aturan fibonacci, semakin hampir ia dengan nilai nisbah keemasan.

Nisbah ini boleh digambarkan dalam bentuk lengkungan di bawah, (yang kita biasa lihat).

Nisbah Emas Pada Tengkorak Manusia

Atas motivasi untuk mengorek lebih banyak rahsia – rahsia alam dan dorongan untuk mencari ‘kuantiti penyatuan’ untuk fizik, biologi dan fisiologi manusia, sekumpulan saintis melakukan kajian untuk meneliti nisbah keemasan pada tengkorak haiwan.

Dalam kertas kajian ‘Mammalian Skull Dimensions and the Golden Ratio’ itu, penyelidik mengkaji 100 tengkorak manusia dan 70 tengkorak daripada 6 spesis mamalia lain termasuk singa, harimau, monyet, anjing dan arnab.

Dua nisbah kemudian diukur: lengkung nasioiniac dibahagikan dengan lengkungan parietooccipital, dan parietooccipital dibahagikan dengan lengkungan hadapan.

Hasilnya, didapati bahawa pada tengkorak manusia, nisbah kedua – dua menghasilkan jumlah 1.6 iaitu hampir dengan nisbah emas 1.618. Bagaimanapun, spesis lain tidak menghasilkan keputusan demikian.

Kajian ini menguatkan hujah keistimewaan penciptaan struktur dan pembinaan manusia yang direka dengan menuruti formula dan perancangan matematik.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts