Kisah Dr. Khair Razlan Othman yang memakai tanjak ketika menerima Ijazah Doktor Falsafah di majlis graduasi universiti terkenal dunia, Universiti Oxford, United Kingdom mula tular sejak semalam.

“Saya mahu beritahu betapa hebatnya bangsa kita pada orang” kata Dr Khair dalam temuramah bersama wartawan.
Kisah beliau sebelum ini turut tular apabila beliau mengenakan tanjak dalam sesi Viva di Oxford

Beliau kemudian berhasrat meneruskannya pada majlis graduasi.
Pemakaian tanjak ini mungkin kali pertama semenjak penubuhan Oxford.
Menurut Dr Khair Razlan, pilihan beliau bukanlah dibuat kerana populariti:
“Kerna bangsa ini sudah sekian lama mendiamkan diri. Samada malu atau memang tidak mahu. Samada ragu atau memang dalam keliru.
Bisa mungkin setiap orang salahkan pemimpin yang rajin kelahi, atau pengikut yang hilang jati diri.
Namun aku lebih suka memilih menjadi pelopor. Menerobos jalan yang unik. Kerana massa perlukan qudwah hidup yang berjalan di bawah tataan nan tinggi. Apa lagi di bumi Tanah Melayu yang sedak bergolak hari ini. Harus ada sosok manusia yang berani mengorek keluar khazanah peradaban bangsa yang sudah lama tertimbus. Mengangkat identiti bangsa hebat yang kian hebat dipersoalkan ini serta memberikan takrifan sewajarnya”
Tahniah!