Sekuat Manakah Letupan Ammonium Nitrat?

Hari ini kita digemparkan dengan satu tragedi yang sangat menyedihkan dan juga mengerikan iaitu letupan sebanyak 2,750 tan ammonium nitrat di Beirut, Lebanon. Menurut laporan berita, ammonium nitrat tersebut disimpan di dalam stor yang berada di bandar, di mana terdapat kebakaran yang berlaku. Kebakaran tersebut lantas menjilat gudang yang mengandungi ammonium nitrat tersebut dan terjadilah letupan.

Kami di Ajar bersimpati atas tragedi yang Beirut dan kami doakan yang terbaik bagi saudara seIslam kami di sana.

Allahummaghfirlahum warhamhum, waa’fihi, wa’fua’nhum. Inalillah wa inna ilaihi rojiun.

                Atas kesempatan ini juga, tanpa ada niat untuk memperolokkan tragedi ini, kami ingin merungkaikan dari segi saintifik, bagaimana letupan ammonium nitrat berlaku dan mengapa ianya teramat kuat.

Ammonium Nitrat

Ammonium Nitrat ialah suatu kompaun yang terdiri daripada ion ammonium dan ion nitrat terhasil daripada tindak balas asid-alkali daripada kompaun ammonia dan asid nitrik. Antara kegunaan ammonium nitrat dalam kehidupan manusia adalah:

  1. Baja – kandungan urea yang tinggi ialah sangat bagus untuk tumbesaran pokok.
  2. Pek Ais – campuran ammonium nitrat bersama air akan menghasilkan yang endotermik, menjadikan air beku menjadi ais dalam masa yang sangat singkat.
  3. Bahan Letupan – untuk kegunaan industrial seperti letupan di kuari.

Namun begitu, manusia memang senang mendengar bisikan syaitan lalu menjadi perosak di muka bumi. Ada yang menggunakan bahan ini untuk mencipta bahan letupan dan menggugat ketenteraman awam.

Ammonium Nitrat sebenarnya bukanlah suatu kompaun yang mudah terbakar, namun ia merupakan suatu bahan oksida, yakni akan melepaskan oksigen sekiranya ia diletupkan. Oksigen yang terhasil tersebutlah sebenarnya yang menjadi bahan makan letupan, lantas menjadikan ledakan yang lebih besar. Tambahan, proses penguraian (decomposition) kompaun ini juga merupakan suatu reaksi eksotermik, di mana haba dirembeskan kepada alam persekitaran.

Tenaga yang terhasil melalui penguraian Ammonium Nitrat

bermaksud ia terdiri daripada 2 atom nitrogen, N, 4 hidrogen, H dan 3 oksigen, O. penguraian reaksi letupan adalah seperti berikut.

Ini bermaksud, letupan untuk dua molar (lebih kurang macam unit kepekatan) akan menghasilkan 2 gas nitrogen, , 1 gas oksigen, , dan 4 air, . Untuk mengukur tenaga, kita harus mengira enthalpy unit tenaga setiap molekul:

Ini juga bermaksud untuk setiap 2 mol reaksi letupan terjadi akan terhasillah 408 kJ ataupun 204 kJ bagi setiap mol.

1 mol ammonium nitrat pula bersamaan dengan lebih kurang 0.08kg, dan menurut berita, NH4NO3 yang tersimpan di Beirut ialah 2,750 tan ataupun, 2,750,000 kg.

Di sini kita dapat mengira molarity dan tenaga letupan Beirut iaitu:

Oh wow!! 7 billion kJ tenaga tu!!!

Mungkin kalian tak boleh bayangkan berapa banyak tenaga tu, jom kita lihat contoh:

Bayangkan kena tumbuk 4 Billion kali oleh Mike Tyson.

Kalau tak boleh bayangkan Mike Tyson, letupan 1kg TNT ialah 4,600kJ dan ini bermaksud letupan Beirut sama seperti 1.5 juta kg TNT!

Teman-teman, kami di Ajar berharap agar teman-teman semua menggarab ilmu yang Allah kurniakan kepada manusia tidak lain dan tidak bukan untuk memakmurkan satu-satunya rumah yang Allah kurniakan kepada kita. Kita belum lagi tahu sekiranya tragedi ini ialah angkara teroris totok yang suka carik pasal nak masuk neraka dan kami doakan ini hanyalah kemalangan semata-mata.

Allah mengurniakan kita akal, maka gunakanlah dengan sebaik mungkin dan peliharalah keamanan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih, namun kebanyakan masa, manusialah yang merosakkan sesama manusia.

Kami doakan yang membaca akan menjadi khalifah Allah yang akan menggunakan ilmu Allah dengan betul dan penuh dengan keadilan!

Total
1K
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts