Bumi Sebenarnya Ada Lebih Daripada 1 Kutub Utara.

Ya, anda tak salah baca tajuk. Ramai orang sebenarnya tak tahu bahawa Bumi yang kita diami ni sebenarnya mempunyai bukan sahaja dua kutub, iaitu Kutub Utara dan Kutub Selatan, bahkan Kutub Utara kita sendiri sebenarnya wujud di beberapa lokasi yang berbeza.

The Lion King What GIF
Apa??

Baiklah, untuk definasi Kutub Utara yang pertama, kita boleh anggapkan Bumi ini berbentuk seperti sebiji bola (kalau anda golongan flat earth mungkin tak perlu baca artikel ni). Maka, bahagian bola kita, sama seperti Bumi, akan ada bahagian paling atas, dan bahagian paling bawah. Berdasarkan pemetaan dunia, bahagian paling atas Bumi dikenali sebagai Kutub Utara secara geografi (Geographic North Pole), dan bahagian paling bawah dikenali sebagai Kutub Selatan secara geografinya (Geographic South Pole).

KELAB GREENBOC: [Bergambar] Perbezaan Kutub Utara Dan Kutub Selatan

Jadi itu je lah kan? Mana ada Kutub Utara yang lain, kan?

Nanti dulu.

Kutub Utara Bukan Kutub Utara dan Kutub Selatan Bukan Kutub Selatan

Kalau anda pernah bermain dengan kompas, anda pasti akan perasan bahawa bahagian Utara kompas anda akan sentiasa menghadap ke satu arah Utara. Maka, dalam minda kita, seringkali kita sangka bahawa Utara yang ditunjukkan oleh kompas itu adalah Kutub Utara Geografi Bumi.

bike cycling GIF by mike del forno

Sebenarnya, andaian anda ini adalah salah.

Baik, ayuh kita lihat kepada sifat kompas anda. Kompas anda yang menunjukkan arah Utara itu sebenarnya berpunca daripada bar magnet. Magnet, sama seperti Bumi, memiliki dua medan, iaitu Kutub Utara dan Kutub Selatan. Kajian para saintis telahpun menonjolkan beberapa sifat magnet, seperti dua kutub yang sama akan saling menolak, dan dua kutub yang berlawanan akan saling menarik.

Nah, di sinilah sangkaan orang selalunya silap.

Kalau anda fikir semula, bar magnet di dalam kompas anda (Kutub Utara) sedang tertarik ke arah Kutub Utara Bumi. Eh, tapi tadi baru je kita cakap yang dua kutub yang sama akan saling menolak? Kenapa pulak Kutub Utara dalam kompas kita tertarik kepada Kutub Utara Bumi?

Ha? Peliknya?

Sebenarnya, Kompas kita bukanlah tertarik kepada Kutub Utara Bumi tu, sebaliknya, wujud satu kawasan yang memiliki kekutuban Kutub Selatan di bahagian Utara Bumi kita. Kawasan ini dipanggil sebagai Kutub Utara Magnet (Magnetic North Pole).

Kalau anda rasa macam pening, jangan risau. Benda ni memang dibuat untuk memeningkan orang pun. Pada asalnya orang dulu telahpun tersedar bahawa mereka tersilap sebab mereka menyangkan bahawa kompas mereka sentiasa menunjuk ke arah Utara, sebelum mereka faham bagaimana magnet berfungsi.

Justeru, selepas saintis memahami sifat magnet, mereka tersedar bahawa Kutub yang selama ini mereka sangka Utara adalah sebenarnya Kutub Selatan secara magnetiknya, kerana Kutub Utara dan Kutub Selatan lah yang sepatutnya saling menarik, bukan Kutub Utara dengan Kutub Utara.

Disebabkan konvension (sebab semua orang melakukan kesilapan yang sama), jadi ahli saintis yang mengkaji sifat medan magnet Bumi terus menggunakan gelaran Medan Magnet Utara Bumi (North Magnetic Pole) yang sebenarnya berkutub Selatan.

Earth's Magnetic Field Clipart
Kutub utara sebenarnya kutub selatan dan kutub selatan sebenarnya kutub utara.

Bagaimana medan magnet Bumi ni terhasil?

Buat masa sekarang, disebabkan kita tidak mempunyai kepakaran untuk pergi meneroka lebih dalam dari bahagian Teras Bumi (Earth Crust), maka kita sebenarnya tidak ada fakta sebenarnya bagaimana Medan Magnet Bumi boleh terjadi.

Teori utama yang kita ada dipanggil Geo-Gynamo, di mana apabila kita pergi ke bahagian Bumi kita yang lebih dalam, suhu akan meningkat dan lebih panas, menjadikan batuan besi di bahagian Teras Luar (Outer Core) akan berada dalam keadaan cecair. Besi yang cair, ditambah dengan putaran Bumi, akan menyebabkan cas dalam bahagian Teras Luar untuk bergerak, dan menurut salah satu konsep asas dalam Magnetisme, cas yang bergerak mampu menghasilkan arus elektrik, dan sekaligus arus elektrik tersebut menghasilkan Medan Magnet.

Wayar yang mengalirkan arus eletrik akan menghasilkan medan magnet (boleh dilihat dari corak serbuk besi disekeliling). Menggunakan hujah yang sama, arus dalam Teras Bumi juga mampu menghasilkan Medan Magnet.

Wayar yang mengalirkan arus eletrik akan menghasilkan medan magnet (boleh dilihat dari corak serbuk besi disekeliling). Menggunakan hujah yang sama, arus dalam Teras Bumi juga mampu menghasilkan Medan Magnet.

Disebabkan pergerakan cecair dalam Teras Luar Bumi ini adalah bersifat tidak sekata, maka Medan Magnet Bumi juga sebenarnya adalah tidak sekata. Intuisi kita mungkin menyangka bahawa Medan Magnet Bumi, sama seperti Medan Magnet berbentuk bar, akan wujud dalam bentuk bertentangan (180 darjah), namun hakikatnya ia tidaklah 180 darjah antara satu sama lain (rujuk rajah).

Kedudukan Kutub Utara Magnet dan Kutub Selatan Magnet. Boleh nampak yang mereka tidak bertentang antara satu sama lain.

Kalau anda pernah dengar atau baca mengenai topik Pemutaran Kutub (Magnetic Reversal), ketahuilah bahawa putaran kutub terlahir dari perubahan Kutub Magnet ini. Disebabkan pergerakan cecair besi dalam Bumi yang sentiasa berubah, lokasi letaknya Kutub Utara Magnet dan Kutub Selatan Magnet ini juga sentiasa berubah. Objek samawi lain pun sebenarnya ada fenomena perubahan kutub ini, seperti Matahari yang berubah Kutub Medan Magnetnya dianggarkan setiap 11 tahun.

Sekiranya kita inginkan satu Kutub Utara dan Kutub Selatan yang saling bertentangan dari segi kekutuban mereka, hal ini adalah apa yang dinamakan sebagai Kutub Geomagnet Bumi (Geomagnetic North dan Geomagnetic South). Kutub Geomagnet ini adalah satu bentuk anggaran bagi bagaimana bentuk umum Medan Magnet Bumi kita ini, lebih-lebih lagi kalau dilihat dari luar Bumi.

Disertakan gambar bagi ketiga-tiga lokasi Kutub Utara kita; Kutub Utara secara geografi, Kutub Utara melalui definasi medan magnetnya, dan Kutub Geomagnet yang merupakan satu bentuk anggaran nilai Kutub Utara.

Anda boleh menonton video dari MinutePhysics ini untuk maklumat lanjut.

Sekian.

Penulis merupakan seorang pensyarah Fizik dan Matematik dari HELP University. Sila hantarkan email kepada [email protected] sekiranya ada sebarang soalan ataupun komen.

Rujukan dan bacaan lanjut:

“North Pole”, National Geographic. https://www.nationalgeographic.org/encyclopedia/north-pole/

“Reversals: Magnetic Flip”, British Geological Survey. http://www.geomag.bgs.ac.uk/education/reversals.html

“Magnetic north just changed. Here’s what that means.”, National Geographic. https://www.nationalgeographic.com/science/2019/02/magnetic-north-update-navigation-maps/

“Explained: Dynamo Theory”, MIT News. https://news.mit.edu/2010/explained-dynamo-0325

Total
72
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts