Koleksi Link Biasiswa Terkini!

Mesti ramai adik-adik lepasan SPM 2020 tercari-cari biasiswa yang sesuai untuk dimohon kan? Ini kami kongsikan senarai biasiswa daripada portal www.BiasiswaMalaysia.com.

1. JPA-JKPJ SCHOLARSHIP

Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2021 merupakan program penajaan JPA berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar lepasan SPM tahun 2020 dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

•Tarikh Buka : 10 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 23 JUN 2021

Pautan : https://www.biasiswamalaysia.com/biasiswa-jpa-jkpj/

2. JPA-MARA SCHOLARSHIP

Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2021 merupakan penajaan kepada pelajar Bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2020 untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara iaitu di negara Jepun, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial.

•Tarikh Buka : 10 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 23 JUN 2021

Pautan: https://biasiswa.co/biasiswa-jpa-program-khas-jpa-mara-pkjm/

3. PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP)

PETRONAS telah menawarkan biasiswa kepada lebih 37,000 orang pelajar yang layak dengan pencapaian cemerlang dan berani untuk terus ke hadapan dengan minda dan kepimpinan yang baik. PETRONAS mempelawa pelajar yang mempunyai pencapaian SPM 2020 yang bagus untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan ‘oil and gas’. Calon yang berjaya disenarai pendekkan akan dipanggil ke temuduga untuk keputusan akhir.

•Tarikh Buka : 10 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 20 JUN 2021

Pautan: https://biasiswa.co/biasiswa-petronas-education-sponsorship-programme-pesp/

4. BANK NEGARA – THE KIJANG SCHOLARSHIP

Bank Negara Malaysia (BNM) komited untuk memupuk bakat muda dalam kalangan rakyat Malaysia melalui program biasiswa yang disediakan.  Penerima biasiswa akan mendapat pengalaman belajar terbaik di univeristi teratas yang diluluskan oleh BNM. Biasiswa Kijang diberikan kepada individu yang layak untuk mengikuti kursus pra-universiti di kolej pra-universiti yang diluluskan oleh BNM.

•Tarikh Buka : 11 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 27 JUN 2021

Pautan: https://www.malaysiascholarships.my/2017/03/bank-negara-scholarship-2017-pre.html

5. KHAZANAH WATAN SCHOLARSHIP

Biasiswa berprestij kepada mereka yang berbakat dan berkelayakan untuk menyambung pengajian di universiti-universiti tempatan yang terpilih dan terkemuka.

•Tarikh Buka : 11 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 30 JUN 2021

Pautan: https://www.biasiswamalaysia.com/biasiswa-khazanah-watan/

6. YAYASAN UEM SCHOLARSHIP

•Tarikh Buka : 10 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 25 JUN 2021

Pautan: https://www.biasiswamalaysia.com/biasiswa-yayasan-uem-scholarship-programme/

7. YAYASAN TNB SCHOLARSHIP

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa pelajar berkelayakan untuk memohon biasiswa pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam bidang kejuruteraan dan perakaunan.

•Tarikh Buka : 10 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 20 JUN 2021

Pautan: https://biasiswa.co/biasiswa-yayasan-tenaga-nasional-ytn/

8. KHAZANAH GLOBAL SCHOLARSHIP

Biasiswa berprestij kepada mereka yang berbakat dan berkelayakan untuk menyambung pengajian di universiti-universiti tempatan yang terpilih dan terkemuka.

•Tarikh Buka : 11 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 30 JUN 2021

Pautan: https://biasiswa.co/biasiswa-khazanah-global-scholarship/

9. SHELL SCHOLARSHIP

Menawarkan biasiswa kepada pelajar berkelayakan untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan, sains dan komersial.

•Tarikh Buka : 14 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 30 JUN 2021

Pautan: https://biasiswa.co/biasiswa-shell-malaysia-scholarship/

10. PNB SCHOLARSHIP AWARDS

Permodalan Nasional Berhad (PNB) menawarkan biasiswa kepada pelajar berkelayakan untuk menyambung pengajian ke universiti swasta dan awam yang terpilih dan terkemuka di dunia.

•Tarikh Buka : 10 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 25 JUN 2021

Pautan: https://www.biasiswamalaysia.com/biasiswa-permodalan-nasional-berhad-pnb/

11. YAYASAN PENERAJU SCHOLARSHIP

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) merupakan satu inisiatif untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan. Antara mandate yang diamanahkan kepada Yayasan Peneraju termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.

Tarikh Tutup : 25 JUN 2021

Pautan: https://www.biasiswamalaysia.com/biasiswa-biasiswa-yayasan-peneraju-pendidikan-bumiputera/

Semoga berjaya!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts