Ramai orang yang terinspirasi dengan filem – filem dan animasi pendek Pixar. Bukan saja kualiti animasi dan grafik mereka menawan, tetapi jalan cerita mereka kebiasaannya sangat menginspirasikan dan meruntun perasaan.
Siapa sangka rupanya ada animasi pendek buatan Malaysia yang berjaya merakam perasaan seolah menonton animasi Pixar!
(Anda perlu tekan link untuk tonton di Youtube)
Animasi yang dihasilkan oleh Brainy Bones Studio itu menceritakan tentang kegigihan Cikgu Suraya mendidik seorang murid istimewa yang sentiasa gagal dalam matematik.
Entah mengapa, murid tersebut tak dapat menulis nombor tetapi sebaliknya dia menghasilkan lukisan – lukisan ‘misteri’ yang tiada kaitan dengan matematik.
Perangai ini menjadikan Cikgu Suraya tertekan dan berputus asa kerana seolah tiada harapan murid itu untuk lulus.
Tapi ternyata murid tersebut bukanlah berniat jahat sengaja bermain – main dan gagal, sebaliknya dia memang berhati suci. Dan cikgu Suraya kemudian menyedari sesuatu yang istimewa berkenaan lukisan – ukisan murid tersebut.
Di samping animasi dan grafik yang cukup menawan, segala – galanya tentang animasi ini menyentuh hati dan memberi inspirasi. Animasi ini bagaimanapun agak ketinggalan daripada sasaran radar masyarakat, dan memerlukan bantuan anda untuk mengongsikannya.
Mana tahu, kita mungkin mendapat sambungan dalam bentuk siri baru?