Mana datang lubang ini? Ini jawapannya!

Dalam internet ada satu video yang membuat ramai orang bingung.

Video apa tu? Haa, ini videonya. (pautan)

Animated GIF

Kalau korang nak tahu, inilah salah satu muslihat Matematik di antara banyak lagi muslihat-muslihat lain yang memeningkan kepala manusia biasa. Huhu.

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku? Macam mana asal ruang segi tiga itu dapat dipenuhi, kemudian terkurang satu kawasan apabila disusun kali kedua? Magik apakah ini?

MAGIK MATEMATIK

Ini bukanlah magik seperti filem ‘Now You See Me’. (Eh, tiberr)

Ini merupakan satu keadaan yang dilihat magik dan helah dalam matematik oleh masyarakat umum, tetapi sebenarnya satu fenomena yang berlaku dengan logik dan pembuktian. Seperti yang kita sedia maklum, ilmu matematik ini merupakan ilmu yang pasti dan logik. Pasti akan ada pembuktian dan penerangan pada setiap kejadian.

Dalam konteks helah ini, ianya berlaku kerana faktor ilusi optik.

ILUSI OPTIK

Ilusi optik berlaku apabila  sesuatu objek yang dilihat itu, berbeza daripada keadaannya yang sebenar. Otak kita tidak dapat mentafsir dengan tepat tentang objek tersebut. Ditambah dengan pandangan manusia yang berbentuk perspektif dan dimensi iaitu ada jauh dan dekat, serta berbentuk 2D dan 3D antara yang memberi kekeliruan mempengaruhi tafsiran minda dan fikiran manusia, selain faktor gangguan sekitar objek.

 Dan inilah yang terjadi.

Segi tiga yang kita lihat ini bukanlah segi tiga yang sebenar, kerana sisinya yang bengkok itu. Otak kita telah tersalah tafsir pada kesempurnaan keadaan bengkok sisi itu. Pada susunan awal, hipotenus(garis terpanjang segi tiga) segi tiga ini sebenarnya bengkok ke dalam. Manakala, dalam susunan kedua, hipotenus ini bengkok sedikit keluar.

Kawasan kelabu di hipotenus itu menunjukkan kawasan lengkungan yang tidak dipenuhi oleh garis segi tiga yang bengkok ke dalam. Tetapi, kerana ilusi optik, mata kita melihat garis segi tiga itu lurus dan memenuhi ruang keseluruhan.

Maka, perbezaan kawasan kedua-dua lengkuk tersebut telah membentuk satu petak berukuran 1×1. Oleh sebab itulah, kita dapat lihat di susunan kedua, terdapat kelopongan satu petak kecil tersebut.

Rajah ini menunjukkan pergerakan kawasan kelabu (lengkungan) tersebut membentuk satu petak berukuran 1×1 selepas berlakunya susunan kedua
Hasil susunan kedua

Maka, hasil pergerakannya seperti yang ditunjuk di bawah.

Animated GIF

Hakikatnya, lubang petak itu bukanlah hilang, tetapi ianya hanya berlaku kerana satu helah ilusi optik yang memberi tafsiran kurang tepat pada mata kita apabila melihat pada sisi bengkok hipotenus segi tiga tersebut. Perubahan susunan itu telah menatijahkan ‘kehilangan’ satu lubang petak bagi menampung perbezaan lengkuk segi tiga tersebut.

Tonton penjelasan helah ini di video di bawah:

KESIMPULAN

Fuh! Menarik kan?

Sebab itulah setiap perkara itu perlu ada pembacaan dan kajian yang mendalam supaya kita lebih memahami hakikat sebenar sesuatu peristiwa. Pandangan mata manusia itu selalu menipu, maka, gunakan akal fikiran kurniaan Allah untuk membenarkannya.

Bila difikirkan semula, helah ini juga ibarat mata kita yang melihat dunia kan? Apabila melihat dunia, terlihat dan terasa keseronokannya sehingga langgar dosa pahala demi memuaskan nafsu manusia. Hakikatnya, keseronokan itu hanyalah ilusi yang sedang membawa manusia ke lembah sengsara di akhirat sana. Nau’zubillah.

Moga kita tergolong dalam golongan mereka yang sentiasa mencari kebenaran dan keredhaan-Nya sepanjang hayat di dunia ini.

RUJUKAN

1. 3 Magis Matematik meletupkan otak, https://youtu.be/6tBY3_Bi39E

2. Open Minda: Misteri Ilusi Optik (baca-blogspot.blogspot.com)

Total
84
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts