Sindiket Penculikan Anak-Anak Kerengga Hitam oleh Kerengga Penculik

Kerengga ini sedang merancang sesuatu yang sangat jahat. Mereka tidak ada pilihan. Mereka tidak boleh mencari makanan sendiri.

Mereka bukan hendak mencuri makanan yer.

Tapi mereka mencuri anak-anak kerengga dari keluarga yang lain. Mereka adalah kerengga penculik.

Foto 1 : Kerengga Penculik

Apabila matahari mulai menyingsing jatuh, kerengga ini mulai keluar beramai-ramai dari sarang di bawah tanah mereka. Mereka mulai mencari kerengga yang sama sekali berbeza spesies dari spesies mereka. Yang mereka cari ialah kerengga hitam dari spesies Formica accreta. Kerengga hitam ini pun tahu bahawa kerengga penculik ini tengah merancang untuk menculik anak-anak mereka. Disebabkan itulah, setiap petang mereka akan menutup setiap pintu masuk ke sarang mereka.

Foto 2 : Kerengga Hitam

Tetapi kadang-kadang kerengga hitam telah terlambat. Kerengga penculik telah dapat melihat mereka. Dengan tergesa-gesa kerengga penculik meluru masuk ke sarang kerengga hitam melalui pintu yang masih terbuka tidak tertutup. Apabila telah memastikan kedudukan dan keadaan sarang itu bagaimana, kerengga penculik ini bergegas keluar untuk pergi mencari semua ahli keluarganya untuk memberitahu lokasi penculikan di mana.

Gerombolan kerengga penculik, apabila mengetahui lokasi kerengga hitam ini, meluru dengan cepat beramai-ramai ke sarang kerengga hitam. Sampai di sarang kerengga hitam, mereka menyerbu masuk beramai-ramai. Kerengga hitam cuba sedaya mampu untuk melawan kerengga penculik tetapi tidak mampu. Mereka terlampau banyak.

Foto 3 : Kerengga hitam cuba melawan kerengga penculik
Foto 4 : Kerengga penculik terlampau banyak

Kerengga penculik mulai menggali sarang kerengga hitam. Apabila kerengga penculik berjaya ceroboh masuk ke dalam sarang kerengga hitam, mereka tahu apa yang mereka hendak ambil. Mereka meluru ke arah anak-anak kerengga hitam yang masih berada di dalam fasa pupa. Menggunakan mulut, mereka angkat pupa kerengga hitam dan meluru keluar dari sarang dan pergi membawa pupa itu pulang ke sarang mereka.

Foto 5 : Kerengga penculik sedang mengangkat pupa kerengga hitam

Kerengga hitam yang diculik ini akan meneruskan fasa pembesaran sehingga mereka keluar dari pupa sebagai kerengga hitam dewasa. Walaupun mereka berlainan spesies dan mempunyai warna badan yang berbeza dengan kerengga penculik tetapi kerengga penculik telah memanipulasi keadaan menyebabkan mereka tidak sedar keadaan ini. Oleh itu, apabila kerengga hitam membesar mereka fikir mereka berada di dalam rumah mereka sendiri dengan keluarga masing-masing.

Kerengga-kerengga hitam ini kemudian akan keluar mencari makanan dan makanan itu akan dibawa balik ke sarang kerengga penculik. Mulut kerengga hitam ini lebih istimewa berbanding dengan kerengga penculik kerana mulut mereka yang lebih bagus dalam mengunyah makanan berbanding kerengga penculik yang hanya bagus menggangkat pupa kerengga hitam. Disebabkan ini kerengga penculik akan memaksa kerengga hitam yang berada di dalam sarang mereka untuk memuntahkan semula makanan yang dimakan dan memakan muntahan kerengga hitam itu.

Foto 6 : Kerengga penculik memaksa kerengga hitam memuntahkan semula makanan yang telah dimakan

Bukan setakat mencari makanan, memberi makanan ke kerengga penculik, kerengga hitam juga menjaga sarang dan menjaga anak-anak kerengga penculik. Disini kita dapat lihat kerengga hitam telah menjadi hamba kepada kerengga penculik. Kerengga penculik hanya akan duduk berehat sepanjang hari dan menunggu masa untuk melakukan penculikan anak-anak kerengga hitam.

Total
113
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts